Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 27 September 2013

Anak Saya Degil Tak Mahu Dengar Cakap

anak degil

"Anak saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!"

"Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!"

Sebagai ibu bapa, pasti ada yang pernah mengeluh sebegini. Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap peringkat umur mereka saja).

Kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga tujuh tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati 'tidak dengar kata'.

Anak Cermin Cara Didikan Ibu Bapa


Anak cermin cara didikan ibu bapa

“IBU janganlah terus kata tidak boleh, ibu fikirlah dulu atau bincang dengan ayah,” rayu Adam apabila permintaannya untuk dibelikan set catur mini ditolak selepas set yang sedia ada hilang beberapa ‘anggota’ akibat diusung ke sana ke sini. Biasanya apabila diminta sesuatu, ibunya berkata: 

“Ibu fikir dulu’ dan keputusannya tidak selalunya positif. 

Adam tahu, apabila ibunya berkata ‘mahu fikir dulu’, bermakna ada harapan untuk permintaannya dipenuhi, tetapi pada masa sama, dia juga bersedia mendengar jawapan negatif. Ini antara rutin keluarga Adam yang sudah diamalkan sejak dia kecil lagi.

Thursday 26 September 2013

Enam Tempat Wanita Suka Dicium

cium
Tahukah anda bahawa bibir anda adalah salah satu senjata yang hebat dapat digunakan semasa mengadakan hubungan intim dengan isteri anda. Dan inilah bahagian tubuh wanita yang sensitif untuk mendaratkan ciuman pada pasangan anda.Terdapat enam tempat wanita suka dicium seperti di bawah:-

1.Jari tangan 
Terutaamanya pada bahagian hujung jari tangannya kerana bahagiaan ini terdapat ribuan safaf sensitif apabila dirangsang. Teknik rangsangan adalah dengan cara memasukkan jari tengahnya ke dalam mulut anda dan kulumlah jarinya seberapa lama yang anda ingini. Yang pasti lakukan ia dengan penuh kasih sayang.

2. Telinga
Telinga merupakan salah satu kawasan yang menjadi kelemahan wanita dan ini boleh menaikkan ghairah wanita. Gunakan bibir dan mulut anda untuk mengulum dan mengigit mesra cuping telinganya yang penting jangan sampai berdarah ye.

3. Leher Belakang
Ciuman pada leher belakang sangan berguna untuk menarik perhatiannya. Jadikan ianya sebagai kejutan terutamanya ketika dia sedang leka melakukan sebarang kerja seperti sedang membasuh pinggan di sinki dan sebagainya. Kalau tak percaya, anda boleh cuba dan reaksi pertama yang akan terjadi ialah si isteri anda terus akan berpaling kepada anda dengan sebuah senyuman yang manja.

4. Wajah
Ciuman pada wajah terutamanya di pipi,dahi atau kelopak mata akan melahirkan rasa yang hangat.Dia akan merasa dihargai dan dihormati.

5.Payudara
Bahagian ini tidak perlu dijelaskan kerana kebanyakan sang suami lebih arif mengenai hal ini.

6. Pinggul
Mengigit dan mencium di bahagian ini umpama menghantar gelombang  yang dasyat di seluruh tubuh wanita. Di sinilah kelemahan yang amat kertara bagi seorang wanita.

Sebagai wanita ianya dirasakan sseperti dihargai apabila lelaki memperlakukan sedemikian selain daripada hubungan intim tanpa sebuah ciuman.




Wednesday 25 September 2013

Tips Mengenai Kitaran Haid Dan Waktu Subur

kitaran haid

Kenapa Kita Perlu Tahu Waktu Subur Wanita?

Ada 2 sebab utama iaitu :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Jika diteliti cara pengiraan kitaran haid dan waktu suburnya membolehkan kita melaksanakan 2 perkara tersebut dengan izinNya.

Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu

susu ibu

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar

Tuesday 24 September 2013

Kenali Punca Sukar Hamil


sukar hamil
Kenali punca anda sukar hamil.


Endometriosis adalah masalah perubatan atau penyakit yang berkaitan dengan tisu yang melapisi bahagian dalam rahim (juga disebut endometrium)  telah tersebar dan tumbuh di kawasan organ lain di dalam tubuh wanita. Kebiasaannya berlaku pada organ-organ pelvis. Endometriosis yang ditemui di saluran fallopian dan ovari boleh menyebabkan parut, pelekatan dan salur fallopian tersumbat serta boleh mempengaruhi kesuburan seseorang wanita.
Endometriosis dikatakan menyerang 7 peratus daripada wanita dalam lingkungan umur 18-35 tahun dan merupakan salah satu sebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Perempuan Maskulin Sukar Mencari Teman Hidup

perempuan maskulin
Fakta berkaitan perempuan maskulin sukar untuk mencari teman lelaki ada benarnya. Perkara itu membuatkan perempuan berotot sanggup tak kahwin dan ‘rela’ digelar anak dara tua.

Di luar negara, kebanjiran perempuan berotot tak hairan lagi kerana mereka mempunyai badan saiz besar berbanding wanita Asia. Bahkan ketinggian dan berat badan mereka lebih berganda daripada masyarakat di sini.
Jika kita lihat jurulatih sukan wanita luar negara, cenderung memiliki tubuh berotot dan lebih sasa, hingga tak dapat nak bezakan lelaki dan perempuan kerana saiz badan hampir serupa.

Monday 23 September 2013

'Lady driver'? Tolonglah!

'Lady driver'? Tolonglah!

Cemas, kalut, ‘main redah’, ikut suka hati, pandu melulu antara ayat sinis yang sering dilemparkan kepada pemandu wanita. Entah kenapa tanggapan ini terus wujud hingga ke hari ini.
Apabila ditanya, beberapa jejaka menggambarkan pandangan sebenar mereka terhadap isu ‘lady driver’. Resah dan gusar apabila melihat si gadis memandu, selain rasa tidak selamat seolah-olah boleh ancam nyawa orang lain antara faktor wujudnya pandangan negatif terhadap pemandu wanita.

Rahim Jatuh Bahaya Atau Tidak?

rahim jatuh
Rahim atau peranakan  jatuh adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari.

Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan rahim jatuh itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.

Tertekan Bila Aku Jadi Tempat Makian Suami.

makian,sumpahan
Tertekan bila aku jadi tempat makian suami. Itulah kebiasaan luahan hati seorang isteri. Luahan yang keluar hanya di dalam hati dan tidak  terluah dengan kata-kata bagi menjaga maruah suami yang terlalu baik budi perketi itu pada pandangan masyarakat keliling.

Sebenarnya dengan kelakuan suami sedemikian boleh menganggu emosi dan kewarasan isteri dalam kehidupan seharian.


"Pernah sekali dia menyepak saya di depan ibu sewaktu saya dalam pantang anak pertama. Malah, saya dimaki hamun disebabkan masalah kecil.

Pernah sekali anak saya terjatuh ketika saya membancuh susu untuknya, lalu suami menghamburkan makian ‘Kau ini ba**, kalau kau mam*** lagi bagus’ di depan mentua, membuatkan saya malu.

Apabila saya ada masalah dan mahu berbincang bersamanya, suami terus melenting dan enggan melayan permintaan saya. Paling melukakan hati, sebaik marahnya reda dia langsung tidak rasa bersalah dan memujuk saya.

Layanannya terhadap rakan pula sangat berbeza. Dia tidak pernah mengamuk dan sangat baik tatkala keluar mahupun bersama rakan. Pada mata kenalannya, suami saya sangat baik hati dan pemurah.

Dia sering meminjamkan wang kepada rakannya serta tidak lokek menjamu mereka. Begitu juga dengan keluarganya. Dia melayan mereka dengan mesra berbanding saya yang sering dianggap seperti hamba atau pelacur.

Dia hanya bersikap baik andai mahukan layanan di bilik tidur. Terus terang, saya terasa tidak ubah seperti pelacur dengan kelakuannya.

Kadangkala saya rasa mahu menamatkan perkahwinan kami. Memikirkan gaji bulanan saya hanya RM1,000 sebulan berbanding pendapatan lumayannya sebagai kontraktor, saya khuatir anak melarat serta dipisahkan daripada saya kerana berpendapatan kecil.

Namun begitu, dia tidak pula memberi nafkah sewajarnya, kalau adapun hanya cukup membeli lampin dan susu, sedangkan bayaran untuk pengasuh mencecah RM500 sebulan selain keperluan lain ditanggung saya. Ini menyebabkan saya terpaksa mengikat perut ketika makan di pejabat.

Apabila saya mengadu kepada keluarga mentua, mereka masih menyalahkan saya. Padahal mereka sedia maklum anak mereka mendera saya dengan pelbagai tohmahan"


 

Kejang Betis Ketika Mengandung

kejang betis
Kejang betis ketika mengandung  adalah masalah biasa dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:
  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

novel tulisanku memuatkan.. Rantai Suami Dengan Kasih Sayang

Friday 20 September 2013

Sudahkah Anda Sedia Untuk Dimadukan?

bermadu
Sudahkah anda sedia untuk dimadukan? satu soalan yang mudah tetapi teramat sukar untuk di jawab.

Pada pandangan saya, tidak semua para isteri sanggup dimadukan walaupun dijanjikan bulan dan bintang.

10 Perkara Yang Perlu Anda Bersedia Untuk Dimadukan.

1. Bersedia untuk melihat suami memberi perhatian kepada isteri yang lain.

2. Bersedia untuk melihat suami memberi komitment kepada isteri yang lain

3.Bersedia untuk melihat suami merindui,menyayangi isteri yang lain.

4. Bersedia untuk tidur seorang diri.

5. Bersedia untuk berkongsi segala-galanya.

6. Bersedia untuk cemburu

7. Bersedia untuk melihat suami anda di manjakan oleh isteri yang lain.

8. Bersedia darisegi fizikal dan mental

9. Bersedia dengan pelan seterusnya jika si suami mula tidak berdiri di landsan yang betul.

10. Bersedia untuk menangis dan memendam rasa.

Sekiranya anda telah bersedia  bermakna anda telah melangkah setapak ke hadapan untuk menuju ke alam bermadu.


Kenali Punca Kemurungan

  • Syak wasangka
  • Tidak boleh menguruskan rumahtangga
  • Tidak boleh memberikan komitment di tempat kerja.
  • Mengasingkan diri dari khalayak ramai
  • Cemburu yang berlebihan terhadap orang yang di sayanginya
Jika terdapat ciri-ciri tersebut seeloknya terus berjumpa dengan doktor.


Apakah Yang Di Maksudkan Dengan Kemurungan
 
Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan seharian individu tersebut termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraan seseorang itu.

Kemurungan yang tidak diberi rawatan sewajarnya boleh menyebabkan seseorang bertindak agresif sehingga berkeinginan membunuh diri. 

Memang tidak pelik bagi golongan yang mengalami kemurungan yang kronik berisiko tinggi menghidapi masalah jantung kerana tekanan dan stres adalah salah satu penyebab penyakit jantung.

Ada pesakit dan ahli keluarga tidak mengambil berat penyakit kemurungan ini walaupun terdapat rawatan seperti ubat-ubatan dan kaunseling. Mungkin masyarakat tidak sedar bahawa masalah mental adalah penyakit sepanjang hayat dan ia boleh berulang-ulang tanpa mereka sedari. Justeru pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat sewenang-wenangnya tanpa nasihat pakar psikiatri. Namun, disebabkan prejudis masyarakat, pesakit dan ahli keluarga tidak mahu mendapatkan rawatan.


Faktor Yang Menjadi Punca Kemurungan
 
Terdapat pelbagai faktor yang dapat meningkatkan kemurungan iaitu faktor tekanan diri, kurang yakin pada diri sendiri dan perasaan kendiri yang rendah, kehilangan daya kawalan ke atas perlakuan-perlakuan individu, pengalaman sosial yang menyakitkan seperti kematian orang yang sangat disayangi, perceraian atau kegagalan dalam peperiksaan juga boleh menyumbang ke arah kemurungan. Pengaruh emosi seperti menghadapi tekanan hidup seringkali juga menjadi punca masalah kemurungan. 

Selain punca-punca yang dinyatakan di atas, faktor biologi individu terbabit juga boleh menjadi penyebab penyakit kemurungan. Antara faktor biologi tersebut adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. 

Dipercayai bahawa ketidakseimbangan bahan kimia yang dipanggil neurotransmiter serotonin di bahagian otak akan menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan. Serotonin inilah yang terlibat dalam proses pemikiran dan mengawal emosi. Oleh itu apabila berlaku ketidakseimbangan bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses pemikiran dan emosi dengan baik. Apabila perkara ini berlaku, ia akan menjejaskan proses pengeluaran kata-kata, ingatan dan daya tindak seseorang manusia dan akhirnya akan wujudlah masalah kemurungan.

GenetikKemurungan juga berlaku lebih kerap kepada seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap kemurungan. Oleh itu ada kemungkinan kemurungan ini boleh diwarisi melalui genetik atau keturunan. Ia juga boleh disebabkan oleh sesetengah ubat darah tinggi. Sekiranya ini berlaku, kemurungan itu akan beransur hilang dengan sendirinya apabila ubat-ubatan tersebut diberhentikan. Oleh itu jika seseorang itu sedang mengambil ubat-ubatan, sila pastikan dengan doktor terlebih dahulu sama ada ubat-ubatan tersebut mungkin punca pesakit mengalami kemurungan ataupun tidak.

Daripada kenyataan di atas, dapat dirumuskan bahawa penyakit ini berpunca daripada pelbagai faktor yang merangkumi genetik, psikologi dan yang ada kaitan dengan proses perkembangan personaliti dan sebagainya.

Sepanjang rawatan, emosi pesakit akan bertambah baik dan kesakitan fizikal dialaminya juga semakin berkurangan. Ahli keluarga juga memainkan peranan membantu memulihkan pesakit murung dengan memahami keperluan dan manfaat ubat yang kadangkala boleh membuatkan mereka berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor. 

Ramai pesakit dan ahli keluarga tidak sedar bahawa memberhentikan pengambilan ubat kemurungan secara tiba-tiba menyebabkan kemurungan menyerang semula. Ini bermakna risiko pesakit untuk mengalami kemurungan selepas berhenti mengambil ubat adalah sangat tinggi. 

Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu rancangan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala. Sebahagian daripada pusat kesihatan dilengkapi unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu kawan anda pulih daripada penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk bekerja dan berinteraksi dengan masyarakat..

Oleh itu sekiranya ada keluarga atau rakan anda menghadapi kemurungan bantulah dia dan bawalah dia untuk rawatan

Thursday 19 September 2013

Pikul Hutang Kerana Suami

hutang
 Kisah Benar- Pikul hutang kerana suami

DALAM menjalani hidup berumah tangga bukan semua orang bernasib baik. Ada yang bahagia dari mula kahwin hingga ke akhir hayat, hidup aman damai. Ada yang terpaksa bersendirian jadi ibu tunggal, ada juga ditinggalkan, digantung tak bertali, tetapi lebih malang apabila terpaksa menanggung biawak hidup dan dikelilingi hutang.

''Inilah nasib yang saya lalui. Dah lebih 10 tahun saya terpaksa menanggung beban hutang bank dan dengan saudara mara.'' Itu cerita Norhashina dalam e-mel diikuti perbualan di telefon.

''Saya rasa sayalah orang paling malang di dunia. Kalau kurang didikan agama dan iman rasanya mahu saya terjun rumah flat ini. Tapi bila memikirkan tiga anak masih perlukan saya lagi, saya terpaksa kuatkan semangat, tebalkan muka, terus menjalani hidup yang perit ini.

10 Kebaikan Seks Yang Perlu Anda Tahu

kebaikan seks





Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:
  1. Seks mengurangkan tekanan
    Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.

Wednesday 18 September 2013

Sakit Semasa Hubungan Seks

seks
Sakit semasa hubungan seks memang jarang dibincangkan. Mungkin kerana segan atau ia dianggap 'taboo" bagi sesetengah orang. Bagi wanita terutamanya, anda mungkin tertanya tanya sendiri kenapa ia ia terjadi sedangkan seks sepatutnya sesuatu yang memberikan kenikmatan bukan menyakitkan. Hakikat sebenarnya ialah, tidak semua seks memberi nikmat setiap kali berhubungan. Dikatakan hampir semua wanita akan merasai sakit semasa berhubungan sekurang kurang sekali seumur hidupnya.

Gejala

Sakit kerap terjadi sebelum semasa dan selepas seks tetapi lokasi, masa dan intensiti mungkin berbeza-beza. Ada yang merasa ketika saat penetrasi dan ada juga semasa aktiviti "trusting" .Ia mungkin terjadi pada setiap penetrasi atau sekali sekala dan kesakitan mungkin terasa pada bahagian luar faraj atau atau lebih jauh kedalam pelvis. Ia juga mungkin lebih kepada rasa pedih, panas atau senak. Sakit juga mungkin berkait dengan posisi seks, seperti kedudukan suami diatas atau atau lebih kepada posisi 'doogie'.

Punca

Punca selalunya berkait rapat dengan karakter sakit itu sendiri. Sakit dan senak dalaman lebih menjurus kepada masalah dalam pelvis manakala sakit luaran lebih berkait kepada masalah pada faraj. Diantara sebab sebab yang paling kerap ialah:

Kurang Lubrikasi - Keadaan ini terjadi selalunya disebabkan kurang aktiviti “foreplay”, tetapi ia lebih dikaitkan dengan oleh kekurangan hormon selepas menopos, selepas pantang atau semasa menyusu badan. Sebab kurang lubrikasi yang lebih jarang ialah kesan sampingan dari pemakanan ubat seperti antimurung, pil darah tinggi, ubat selsema, sedatif dan sesetengah pil perancang.

Jangkitan kuman - Jangkitan bakteria pada pundi kencing dan faraj boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks.

Alahan pada alat pencegah kehamilan dan krim seperti condom, jeli pelincir, krim haruman faraj dan sebagainya boleh menyebabkan inflamasi disekitar faraj dan rasa sakit setiap kali mengunakannya.

Vaginismus - Iaitu kekejangan otot keliling faraj yang berlaku dibawah sedar juga boleh menyukarkan penetrasi dan seterusnya kesakitan semasa seks.

Masalah sakit puan - Termasuk endometriosis, radang pelvis, uterine prolapse, rahim jatuh, fibroid dan ovarian cyst. 

Masalah kecacatan konjenital pada sistem peranakan - Sesetengah wanita diahirkan dengan selaput dara tebal, faraj yang sempit ( vaginal stenosis) dan sebagainya yang boleh menjdi punca kesakitan yang teruk semasa seks,

Radang dan iritasi selepas pembedahan - Radang dan iritasi selepas pembedahan dan jahitan pada bahagian genital boleh menjurus kepada rasa sakit dan sengal semasa seks.

Parut pembedahan - Parut dari pembedahan histerektomi dan kesan kemoterapi boleh menyebabkan sakit semasa seks.

Faktor emosi - Emosi kerap memainkan peranan dan boleh menjurus kepada sakit semasa seks. Rasa cemas, murung dan rendah diri terhadap keadaan fizikal tubuh badan boleh menyebabkan kurang rasa erotik dan seterusnya sakit semasa seks. Tekanan perasaan menyebabkan otot faraj tegang dan seterusnya penetrasi sukar terjadi.

Berjumpalah Dengan Doktor

Sekiranya anda kerap mengalami sakit semasa seks, langkah pertama yang anda patut ambil ialah berjumpa dengan doktor sakit puan anda. Ceritakan tentang kekerapan kesakitan dan bagaimana ia bermula dan ketika dan bagaimana ia lebih kerap terjadi. Masalah dan sejarah perubatan dan pembedahan terdahulu juga perlu diperjelaskan dengan terperinci  termasuklah sebarang pil atau ubat yang anda makan. Jangan malu untuk meluahkan perasaan anda sepanjang perbualan dengan doktor.

Diagnosa dan Rawatan

Diagnosa selalunya dapat dibuat selepas pemeriksaan faraj dan Ultrasound. Rawatan akan diberikan akan bergantung sepenuhnya kepada punca kesakitan. Bagi mereka yang mengalami jangkitan kuman, antibiotik akan diberikan untuk beberapa hari untuk memastikan anda bebas dari kuman. Bagi mereka mengalami masalah kurang lubrikasi, hormon terapi mungkin boleh menolong meningkatkan kelinciran disamping jeli lubrikasi yang boleh di beli dikaunter farmasi berdekatan. Untuk mereka yang mengalami kesakitan terutama semasa aktiviti ‘trusting’, tukar posisi seks anda seperti anda pada kedudukan atas atau posisi mengiring dan cuba ekperimen dengan pelbagai posisi berbeza. Berbincang dengan suami anda sekiranya emosi yang menjadi punca utama kerana ia merupakan masalah yang perlu dikongsi bersama. Komunikasi mungkin merupakan ubat terbaik untuk anda. Jangan malu dan segan kerana pasangan anda adalah suami anda, seorang yang anda cinta.
Sekiranya ia lebih kepada masalah emosi yang rumit dan kronik, anda mungkin perlu mendapat rawatan dari pakar psikologi.

Masalah peranakan yang lebih serius.

Sekiranya doktor mensyakki yang anda mengalami masalah yang lebih pada pelvis, ujian laparoscopi mungkin akan disarankan. Masalah seperti endometriosis atau ovarian cyst adalah diantara punca yang kerap dikaitkan dengan kesakitan dan senak dalaman semasa seks dan diagnosa dengan senang dapat dibuat melalui kaedah laparoskopi ini. Semasa laparoskopi, kamera kecil akan dimasukkan pada pusat dimana pakar bedah akan melihat dengan teliti keadaan dalam pelvis anda. Bagi mereka yang mengalami ketidaknormal pada sistem genital seperti hymen tebal dan sebagainya, pembedahan mungkin akan disarankan.Oleh itu setiap wanita harus peka apabila sakit semasa hubungan seks.

Kenapa Anda Gugur?

keguguran

Jika anda pernah mengalami keguguran, anda tentu menghadapi kesulitan fizikal dan emosi yang sukar. Ketika ujian air kencing menunjukkan anda hamil, anda mungkin merasa terlalu gembira dan berkongsi berita baik dengan kawan rapat serta sanak saudara. Namun, dalam masa yang singkat, perut anda mula sakit dan faraj anda mula berdarah. Lawatan ke klinik doktor menunjukkan anda telah keguguran.Walaupun terkejut dan kecewa, anda akhirnya perlu reda dengan apa yang berlaku.


APAKAH itu Keguguran? mengapa ia TERJADI?
Keguguran ialah kehamilan yang gugur sebelum 20 minggu. Mekanisma persenyawaan yang menggabungkan sel sperma dan sel telur dan juga proses pembentukkan janin adalah adalah sangat terperinci dan rumit. Sedikit ketidaksempurnaan akan menyebabkan kerosakan janin dan ramai professional perubatan percaya, keguguran adalah satu cara tubuh berurusan dengan janin yang tidak normal.

8 Sebab Kenapa Anda Gugur

gugur

Keguguran di awal kehamilan adalah sesuatu yang kerap terjadi di kalangan wanita dan ramai pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Kajian telah menunjukkan ramai di kalangan wanita yang tidak mengetahui mereka sebenarnya keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif.

Apabila saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan ini pula akan mengalami keguguran.

Tuesday 17 September 2013

10 Tips Mengurangkan Kedutan

awek muda
Kehadiran kedutan di muka adalah amat digeruni oleh kebanyakan wanita kerana ia akan menampakkan diri telah dimamah usia. Walaupun ia sukar untuk dielakkan 100 peratus, usaha untuk mengurangkan kehadirannya perlu dilakukan agar wajah tampak lebih muda dan jelita. Kehadirannya juga harus diminimumkan agar wajah tidak kelihatan lebih tua dari usia.

Pendarahan Faraj Tidak Normal



 Pendarahan faraj tidak normal

Ramai wanita mengalami pendarahan rahim yang tidak normal sekurang-kurangnya sekali pada usia reproduksi. Tempoh yang paling kerap terjadi ialah pada tahun tahun pertama selepas haid iaitu semasa remaja dan dua atau tiga tahun terakhir haid sebelum menopos. Kebanyakan dari pendarahan ini adalah ringan dan tidak berkait dengan masalah organ peranakan dan selalunya hilang dengan sendiri, tetapi pada segelintir wanita, ia mungkin merupakan tanda serius yang memerlukan rawatan segera.

Monday 16 September 2013

Darah Tinggi Ketika Hamil

Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi adalah salah satu sebab mengapa wanita hamil dimasukkan ke hospital. Hypertension bermaksud tekanan darah tinggi manakala hypotension pula bermaksud tekanan darah rendah. Hypotension adalah normal semasa mengandung semasa awal dan pertengahan kehamilan dan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan.

Kenapa Tekanan Darah Tinggi Merbahaya?

Punca utama mengapa wanita mengalami darah tinggi semasa hamil ialah disebabkan satu keadaan yang dinamakan pre-eclapmsia yang boleh menjurus kepada ECLMAPSIA, satu penyakit darah tinggi yang sangat serius. Pre-eclampsia dan eclampsia adalah salah satu punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. 5-10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami eclampsia.

Fibroid- 10 Fakta Yang Perlu Anda Tahu

fibroid
Fibroid- 10 fakta yang perlu anda tahu

  1. Mengikut kajian, ketumbuhan fibroid dialami oleh 40% kaum wanita tetapi cuma 20% dari golongan ini yang betul betul memerlukan rawatan.
  2. Sekiranya ada ahli keluarga terdekat anda mengidap fibroid, risiko anda untuk mendapat fibroid adalah 3 kali ganda lebih tinggi.
  3. Tumbesaran fibroid bergantung sepenuhnya kepada hormon estrogen yang dirembeskan dengan banyak selepas puberti. Jadi ia tidak pernah tidak pernah dikesan pada kanak kanak dan saiz fibroid mengecut selepas menopos disebabkan kekurangan estrogen.
  4. Fibroid membesar semasa hamil disebabkan rembesan hormon estrogen yang tinggi yang dikeluarkan oleh uri. Walaubagaimanapun ia bukan alasan untuk pembedahan cesarean. Kebanyakan dari wanita berfibroid masih boleh bersalin secara normal.
  5. Gejala yang kerap dikaitkan dengan fibroid adalah aliran haid yang banyak dan sengugut.
  6. Anemia adalah salah satu komplikasi serius fibroid
  7. 80% wanita yang mengidap fibroid tidak mempunyai sebarang gejala. Diagnosa selalunya dibuat secara tidak sengaja.
  8. Keterukkan gejala fibroid tidak berkait secara langsung dengan saiz atau bilangan fibroid tetapi tempat pada rahim dimana ia tumbuh.
  9. Fibroid adalah di antara sebab utama Histerektomi iaitu pembedahan buang rahim.
  10. Diagnosa fibroid dengan senang boleh dibuat dengan mengunakan mesin ultrasound

Friday 13 September 2013

Indahnya Bercinta Dengan Suami Orang


Ramai wanita-wanita di luar sana agak terkejut dengan kenyataan seperti di atas.

Sebab-sebab mengapa ramai anak gadis suka bercinta dan berkasih dengan suami orang.

* Hati tidak sakit kerana si suami orang tersebut tidak pandai merajuk.

* Tidak perlu keluarkan modal untuk bercinta dengan si suami orang ini kerana daripada a sampai z sudah pasti di tanggungnya.

* Si gadis merasa amat bahagia apabila mendapat perhatian yang lebih berbanding lelaki bujang.

* Si suami orang tersebut bijak mengambil peluang dan ruang untuk menakluki hati si gadis yang masih belum terisi 100%

*Si suami orang tersebut akan mengikut segala kehendak si gadis terutamanya darisegi wang ringgit.

*Si suami orang tersebut akan berusaha untuk mencari ruang dan masa bagi melepaskan rasa rindu.

* Si suami orang juga bijak menuturkan kata-kata romantik berbanding si lelaki bujang.

TAPI AWAS wahai si gadis bercinta dan berkasih dengani suami orang indanya hanya sementara waktu. Terasa indah selagi si isteri mereka tidak dapat menghidu perbuatan si suami dan terlalu  parah apabila si isteri  dapat menghidu perbuatan si suaminya. 


Susahnya Bersuamikan Gay


BAGI Maisara (bukan nama sebenar) sudah tiga tahun dia cuba menahan diri dan bersabar untuk menyelamatkan perkahwinannya daripada runtuh kerana cinta yang terlalu mendalam terhadap Hafiz (juga bukan nama sebenar).
Sepanjang tiga tahun itu jugalah dia melalui pelbagai cabaran dalam perkahwinan. Selain sentiasa ditinggalkan suami, dia juga terpaksa menjadi insan yang pandai berbohong kepada ibu dan ayahnya dengan memberi pelbagai alasan demi menyelamatkan air muka dan maruah Hafiz, yang kini bekas suaminya.
Apa yang paling mengejutkan, sepanjang perkahwinan tersebut dia tidak pernah 'disentuh' oleh Hafiz menyebabkan dia kekal dengan statusnya sebagai anak dara sejak berkahwin sehinggalah dia diceraikan baru-baru ini.

Suami Ketagih Menonton Video Lucah

lucah,suami,ketagih
Suami ketagih menonton video lucah.

Apakah perasaan si isteri jika mengetahui suaminya ketagih menonton video lucah? Saya pasti tidak seorang pun si isteri gembira malah bertepuk tangan kerana si suami leboh banyak menghabiskan masa menonton video seks daripada melayan si isteri.

Lagi tertekan apabila si suami cuba mempraktikkan apa yang di tonton ke alam realiti perkahwinan sebenar. Disini peranan si isteri harus bijak bertindak supaya perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku.

Ada suami dapat isteri yang cantik masih juga tengok video lucah hampir setiap malam. Bagi NB menonton video lucah sama dengan dadah. Apabila tengok sekali mungkin akan tengok lagi.Itu kata orang lelakilah kan.

Ada beberapa  tips yang boleh si isteri lakukan :-

1. Apabila sering melihat si suami lewat tidur malam dan asyik tengok komputer, buat-buatlah bangun pergi tandas dan kantoikan dia. Jangan marah tapi tegurlah dengan berkhemah atau lagi nak 'best' cakap jer macam ni. " abang daripada abang tengok kat dalam tu baik abang tengok yang 'real' punya sambil menayangkan aset yang ada.

2. Jika terjumpa dvd atau video di dalam komputer, handphone atau di mana sahaja,buanglah benda-benda tersebut.

3. Jagalah solat suami,ingatkan dia mengenai solat dan takutkan akan dosa pahala yang dilakukan serta banyakkan doa kepada yang Maha Berkuasa.

Suami ketagih menonton video lucah ini seharusnya berubah demi sebuah keluarga yang bahagia.

Thursday 12 September 2013

Zikir Dan Doa Untuk Cantik Berseri

Bagi wanita yang ingin kekal cantik dan menawan boleh amalkan perkara tersebut:-

** Baca 'Ya Badiyah' - 1x
** Baca 'Ya Nur' - 1x
** Baca 'Ya Hadi' - 1x
** Baca 'Ya Allah'-3 x

Amalkan membaca setiap hari dan hembuskan ke tapak tangan kemudian sapukan ke muka.

Selamat beramal.

Monday 26 August 2013

Sakit Hati Bila Suami Buat Bodoh Jer.

suami,bodoh
Adeh.. sakitnya hati bila suami buat bodoh jer. Si isteri cakap berjela panjangnya non stop. Si suami lak boleh kata ok.. OK Jer ni jawapan paling simple. Kalau dalam axam confem lulus dengan tak cemerlangnya.

Si suami tahu ke tak bila anda buat begitu si isteri rasa seperti langsung tidak di hargai.

Si isteri pulak janganlah membebel tak tentu pasal confem punya takkan dapat apa yang di minta.

Tak nak cerita panjang-panjang nanti penat korunk nak baca. Nanti sakit hati korunk pulak kan.

Tuesday 16 April 2013

Cinta Jarak Jauh-Apakah Penyudahnya.

Cinta Gila jarak yang jauh
Cinta jarak jauh-apakah penyudahnya. Emm.. tajuk ni adalah tajuk kegemaran NB sebab apa? sebab masa muda-muda dulu pernah merasa cinta jarak jauh ni berkat kesabaran dan doa berterusan alhamdulliah kini telah bersatu.

Kali ni NB nak kongsi artikel yang sentiasa di cari oleh sesiapa sahaja yang sedang bercinta secara jarak jauh.Di harap dapat memberi sedikit info yang berguna


Tanda-Tanda Pasangan Curang

curang giler
Tanda-tanda pasangan curang. Kes curang ini biasanya terdapat beberapa punca atau sebab yang kadang-kadang logik pada akal malah ada juga langsung tiada logiknya.

Ok. NB tidak mahu bercerita panjang..jom kita terjah jika benar pasangan anda mempunyai kekasih gelap di belakang anda atau CURANG ketika bersama dengan anda.

Thursday 11 April 2013

Seks Sebelum Kahwin

Seks sebelum kahwin pada umumnya amat merbahaya tetapi tidak mustahil ianya menjadi trend pada masa kini. Tidak kira jantina,usia,keturunan,agama mahupun sesiapa sahaja.


Jika zaman mak ayah kita dahulu ianya terlalu menitikberatkan nilai-nilai murni malah ada anak dara pada ketika dahulu perlu melalui proses mengenalpasti dara samada ianya masih suci atau sebaliknya. Jika tiada lagi kesucian itu si gadis dan seluruh keluarga akan di hina dan sebagainya.


Percaya atau tidak pada hari ini, jika dikatakan gadis itu masih suci atau masih dara agak sukar untuk percaya. Kenapa harus bergitu?

Banyak punca dan dengan teknologi hari ini yang mempengaruhi sesiapa sahaja untuk melakukan seks sebelum kahwin. Seks sebelum kahwin ianya lebih menyeronokkan kerana ianya tidak halal jika di bandingkan apabila telah berkahwin. Itulah jawapan yang sering diberikan oleh pemikir bijak pandai pada hari ini. Rata-rata tanyalah budak sekolah rendah sekali pun apabila di tanya apa itu SEKS  tidak terjangkau dek fikiran kita dengan jawapan mereka yang jitu dan padu. Umpama telah mempunyai pengalaman setanding pasangan suami yang hidup bersama belasan tahun lamanya.

Seks sebelum nikah juga mengundang pelbagai masalah kesihatan mahupun psikologi. Antaranya berlakunya 
  • Kes pembuangan bayi apabila melahirkan. 
  • Mengandung tanpa di rancang
  • Tertekan apabila si gadis di tinggalkan
  • Hampir gila apabila si lelaki tidak mahu bertanggungjawab.
  • Malu pada masyarakat sekeliling apabila kegiatannya  terbongkar
  • Kebanyakan penyakit kelamin berpunca daripada kekerapan melakukan seks dan sebagainya.
Bergitulah hebatnya tarikan seks sebelum kahwin ini.


 




Wednesday 10 April 2013

Cantikkan Muka Dengan Seluar Dalam Suami

cantik muka dengan suami

Cantikkan muka dengan  seluar dalam suami.
Assalmualaimum u all hari ni NB nak share sesuatu yang mudah,ringkas dan jimat. Tak perlu keluar duit pun cuma perlu rajin je.

NB pernah buat ke? tanya kawan NB bila cakap kat dia orang camtu. Nak jawab ke?  haha biarlah NB simpan je jawapan tu.

Pertama sekali selepas bangun tidur minum air suam lepas tu basahkan seluar dalam suami yang telah di pakai dan lapkan perlahan-lahan di muka dari bawah ke atas. Alaa sama je macam kita guna pencuci muka tu.

Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya. Jerawat pun hilang,awek muda lagi tu..

Selamat mencuba

P/s:  Jika tak menjadi jangan salahkan NB ye..


Wanita Gempal Tidak Subur?

wanita
Wanita gempal tidak subur? mungkin inilah persoalan yang mungkin sering berlaku masalah utama alam berumahtangga.

Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami infertiliti. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan, keadaan ini dikenali sebagai tiada berlakunya pengovulan.

Tuesday 9 April 2013

Malam Pertama Amat Mengerikan




Malam pertama amat mengerikan untuk semua wanita tetapi malam yang ditunggu-tunggu oleh si teruna.

Percayakah anda ramai pasangan yang baru diijabkabulkan gagal melaksanakan malam pertama.

Kegagalan tersebut berlaku disebabkan beberapa perkara:-
  • Perasaan takut atau malu terlalu tinggi oleh si isteri.
  • Kesakitan atau kesusahan untuk menembusi dara si isteri.
  • Si suami terlalu terburu-buru atau terlalu gemuruh dan ini menyukarkan untuk terus menikmati keindahan malam pertama.

Begitupun, tahukah anda, malam pertama bukan sahaja memberi penuh makna serta debaran kepada isteri, malah situasi tersebut sebenarnya turut berlaku kepada suami? Menurut Profesor Emeritus Dr. Mohd. Ismail Tambi dalam penulisannya yang bertajuk Adab Malam Pertama, beliau menyenaraikan tiga dilema yang sering dihadapi suami ketika menghadapi malam pertamanya: 

*Tekanan: Masalah boleh berlaku jika suami terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya iaitu melakukan hubungan seksual. Sekiranya suami gemuruh, dia akan kehilangan rangsangan dan ketegangan atau ereksi. Rangsangan dan ketegangan itu akan kendur dan hilang kekerasan. Seterusnya suami akan gagal untuk melakukan penembusan faraj yang biasa dikaitkan dengan malam pertama kepada isteri. Keadaan ini dikenali sebagai 'mati pucuk malam pertama.' Tetapi dalam keadaan penuh yakin dan bersemangat kejantanan, ereksi akan kembali segar dan hubungan seksual suami isteri akan dapat dilakukan. 

Masalah ejakulasi: Suami berasa amat teruja sehingga belum pun sempat menyalurkan ereksinya, klimaks telah pun berlaku. Kadangkala perasaan teruja itu amat ketara sehingga ejakulasi boleh berlaku secara spontan apabila isteri memegang alat kelamin suami. Bila suami dapat mengatasi kelemahan daya kawalan ereksi dan dapat mengawal ejakulasi maka masalah itu akan menjadi terkawal. 

Kurang keyakinan: Suami amat yakin dengan kemampuan ereksi dan kawalan ejakulasi tapi masih juga terpancut awal dan hilang daya ereksi apabila dia gagal untuk menembusi faraj isteri. Suami terasa seperti ada sesuatu yang menghalang di depan pintu faraj dan mula berasa tidak yakin tentang kemampuannya untuk melakukan penembusan dan mengawal ejakulasi. Perasaan kurang yakin itu akan membuatkan suami hilang kemampuan mencapai ereksi dan kesudahannya dia akan mengalami mati pucuk!! 
Dalam hal ini, seorang isteri yang tahu memainkan peranan dalam persetubuhan dapat berinteraksi bersama suaminya dengan selesa. Jika tiada apa-apa halangan, dia boleh mencapai klimaks atau mendapat kepuasan dalam hubungan intim itu. Ini secara tidak langsung, isteri dapat membantu suami mengatasi masalahnya

------------------------------------------------------------------------

Thursday 4 April 2013

Mukadimah Terhebat Untuk Wanita

Assalamualaikum wahai wanita,
Assalamualaiku u'all
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masih belum mempunyai zuriat? Dapatkan disini kaedahnya
Dapatkan Doa untuk kebahagiaan rumahtangga Disini


Wanita Hebat
Mukadimah terhebat untuk wanita saya ilhamkan khas untuk ibu yang dicintai hingga ke akhir hayat. Bergitu juga anda sekalian semoga menjadi anak yang terbaik di antara yang terbaik di dunia.

Wanita merupakan satu perkataan yang unik dan tidak terdapat pada yang bergelar lelaki. wanita adalah kata yang umum digunakan untuk menggambarkan perempuan dewasa. Perempuan yang sudah berkahwin juga biasa dipanggil dengan sebutan ibu. Untuk perempuan yang belum berkahwin atau berada antara umur 16 hingga 21 tahun disebut juga dengan anak gadis. Perempuan yang memiliki organ reproduksi yang baik akan memiliki kemampuan untuk mengandung, melahirkan dan menyusukan.

 Itulah kehebatan sebenar insan yang bergelar wanita. Tetapi harus di ingat walau sehebatmana sekalipun seorang wanita itu, dia harus mendahului suami dalam apa jua hal selagi  sesuatu perkara itu tidak di murkai Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------