Tekanan darah tinggi adalah salah satu sebab mengapa wanita hamil
dimasukkan ke hospital. Hypertension bermaksud tekanan darah tinggi
manakala hypotension pula bermaksud tekanan darah rendah. Hypotension
adalah normal semasa mengandung semasa awal dan pertengahan kehamilan
dan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan.
Kenapa Tekanan Darah Tinggi Merbahaya?
Punca
utama mengapa wanita mengalami darah tinggi semasa hamil ialah
disebabkan satu keadaan yang dinamakan pre-eclapmsia yang boleh menjurus
kepada ECLMAPSIA, satu penyakit darah tinggi yang sangat serius.
Pre-eclampsia dan eclampsia adalah salah satu punca utama kematian ibu
dan bayi semasa hamil. 5-10% wanita yang mengandung anak sulung akan
mengalami eclampsia.
Jenis-jenis Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi kronik
Ia
adalah penyakit darah tinggi yang wanita alami semasa wanita masih
belum hamil lagi. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia dan
wanita tersebut mungkin mempunyai sejarah keluarga yang juga mempunyai
darah tinggi.
Penyakit darah tinggi kronik mungkin boleh mmenjadi
lebih teruk sewaktu lewat kehamilan dan selalunya doktor akan
memberikan pauntauan yang teliti terhadap tekanan darah selepas
trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang digunakan agak
selamat semasa hamil dan selalunya doktor akan menukar ubat yang biasa
dimakan sebelum hamil kepada yang lebih sesuai untuk wanita hamil.
Tekanan darah tinggi disebabkan oleh kehamilan (PIH)
Ia
terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan.
Sebahagian kecil dari wanita ini akan mengalami eclampsia tetapi agak
sukar untuk menentukan siapa yang lebih berisiko. Juga segelintir mereka
yang mengalami PIH ini akan mendapat mendapat tekanan darah tinggi
akhirnya semasa lebih berusia.
Pre-eclampsia (PE)
Pre-Eclampsia(PE)
adalah penyakit yang unik semasa hamil. Ia bukan sahaja penyakit yang
melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada
buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan.
Buah
pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit
ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang
agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat
banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia.
Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan
pesakit tersebut.
Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia
akan menjadi serius dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi
apabila wanita mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi
terlalu tinggi dan dia belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga
akan mendapat komplikasi dan mungkin boleh meninggal didalam rahim.
Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak
dapat dikawal.
Penyebab Pre-Eclampsia
Ia tidak diketahui
bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat tetapi
penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan
mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri tidak
membentuk secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan
lembut sebagaimana yang sepatutnya.
Pembentukkan uri yang tidak
normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan. Terdapat juga darah
beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini menjelaskan
kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari biasa.
Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk
mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh
dicegah.
Apa yang menyebabkan PE lebih kerap terjadi?
Keadaan berikut boleh diri anda lebih berisiko untuk mendapat PE tetapi perlu diingat, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
- Ia sering terjadi kepada kandungan sulung
- Mempunyai PE pada kandungan sebelumnya
- Berumur kurang dari 20 atau lebih dari 35
- Migrane
- Mempunyai ahli keluarga dekat keluarga yang mempunyai PE
- Mempunyai hypertension kronik
- Terlalu kurus
- Terlalu rendah
- Kandungan kembar
- SLE
- Kandungan molar
Simptom-simptom PE
Adakalanya ia tidak memberi sebarang gejala tetapi bergantung sepenuhnya kepada tahap keterukan PE tersebut.
- Mata berpinar atau rasa mahu pitam
- Mata menjadi sensitif kepada cahaya
- Sakit kepala
- Sakit pada perut sebelah kanan atas
- Muntah
Rawatan
Sekiranya
anda mengalami PE yang teruk, rawatan yang paling berkesan ialah
dengan melahirkan. Ia tidak menjadi masalah sekiranya kehamilan mencecah
38 minggu tetapi sekiranya baru 30 minggu, ia boleh memberikan delima
kepada doktor disebabkan bayi yang sangat pra-matang. Adalah menjadi
kebiasaan untuk meng’induce’ kehamilan tersebut atau melahirkan bayi
melalui pembedahan ceasarean.
Bagi meraka yang mengalami PE yang
sederhana atau ringan, kehamilan boleh diteruskan sehingga anak menjadi
lebih matang, dengan syarat PE tersebut dalam keadaan terkawal. Tetapi
sekirnya ia sudah dalam keadaan yang membahayakan, selalunya kelahiran
akan dipastikan untuk menyelamatkan nyawa ibu tak kira apa usia
kandungan.
Adakah ia boleh terjadi lagi?
PE boleh terjadi
semula pada kandungan kedua sekinya anda pernah mengalaminya pada
kandungan terdahulu. PE yang sederhana mempunyai kurang risiko untuk
terjadi semula pada kandungan seterusnya adalah lebih kurang 5-10%
sahaja.
Sekiranya wanita pernah mengalami PE yang teruk, risiko untuk mengalaminya pada kandungan akan datang adalah lebih tinggi iaiatu 20-25%. Malangnya buat masa sekarang tiada ubat atau cara mujarat untuk memastikan ia terjadi atau berulang kali kedua.
No comments :
Post a Comment