Tertekan bila aku jadi tempat makian suami. Itulah kebiasaan luahan hati seorang isteri. Luahan yang keluar hanya di dalam hati dan tidak terluah dengan kata-kata bagi menjaga maruah suami yang terlalu baik budi perketi itu pada pandangan masyarakat keliling.
Sebenarnya dengan kelakuan suami sedemikian boleh menganggu emosi dan kewarasan isteri dalam kehidupan seharian.
"Pernah sekali dia menyepak saya di depan ibu sewaktu saya dalam pantang anak pertama. Malah, saya dimaki hamun disebabkan masalah kecil.
Pernah sekali anak saya terjatuh ketika saya membancuh susu untuknya,
lalu suami menghamburkan makian ‘Kau ini ba**, kalau kau mam*** lagi
bagus’ di depan mentua, membuatkan saya malu.
Apabila saya ada masalah dan mahu berbincang bersamanya, suami terus
melenting dan enggan melayan permintaan saya. Paling melukakan hati,
sebaik marahnya reda dia langsung tidak rasa bersalah dan memujuk saya.
Layanannya terhadap rakan pula sangat berbeza. Dia tidak pernah
mengamuk dan sangat baik tatkala keluar mahupun bersama rakan. Pada mata
kenalannya, suami saya sangat baik hati dan pemurah.
Dia sering meminjamkan wang kepada rakannya serta tidak lokek menjamu
mereka. Begitu juga dengan keluarganya. Dia melayan mereka dengan mesra
berbanding saya yang sering dianggap seperti hamba atau pelacur.
Dia hanya bersikap baik andai mahukan layanan di bilik tidur. Terus
terang, saya terasa tidak ubah seperti pelacur dengan kelakuannya.
Kadangkala saya rasa mahu menamatkan perkahwinan kami. Memikirkan gaji
bulanan saya hanya RM1,000 sebulan berbanding pendapatan lumayannya
sebagai kontraktor, saya khuatir anak melarat serta dipisahkan daripada
saya kerana berpendapatan kecil.
Namun begitu, dia tidak pula memberi nafkah sewajarnya, kalau adapun
hanya cukup membeli lampin dan susu, sedangkan bayaran untuk pengasuh
mencecah RM500 sebulan selain keperluan lain ditanggung saya. Ini
menyebabkan saya terpaksa mengikat perut ketika makan di pejabat.
Apabila saya mengadu kepada keluarga mentua, mereka masih menyalahkan
saya. Padahal mereka sedia maklum anak mereka mendera saya dengan
pelbagai tohmahan"