- Syak wasangka
- Tidak boleh menguruskan rumahtangga
- Tidak boleh memberikan komitment di tempat kerja.
- Mengasingkan diri dari khalayak ramai
- Cemburu yang berlebihan terhadap orang yang di sayanginya
Jika terdapat ciri-ciri tersebut seeloknya terus berjumpa dengan doktor.
Apakah Yang Di Maksudkan Dengan Kemurungan
Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood)
seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan
kehidupan seharian individu tersebut termasuklah pemikiran, perasaan,
tingkah laku dan kesejahteraan seseorang itu.
Kemurungan yang tidak diberi rawatan sewajarnya boleh menyebabkan
seseorang bertindak agresif sehingga berkeinginan membunuh diri.
Memang tidak pelik bagi golongan yang mengalami kemurungan yang
kronik berisiko tinggi menghidapi masalah jantung kerana tekanan dan
stres adalah salah satu penyebab penyakit jantung.
Ada pesakit dan ahli keluarga tidak mengambil berat penyakit
kemurungan ini walaupun terdapat rawatan seperti ubat-ubatan dan
kaunseling. Mungkin masyarakat tidak sedar bahawa masalah mental adalah
penyakit sepanjang hayat dan ia boleh berulang-ulang tanpa mereka
sedari. Justeru pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat
sewenang-wenangnya tanpa nasihat pakar psikiatri. Namun, disebabkan
prejudis masyarakat, pesakit dan ahli keluarga tidak mahu mendapatkan
rawatan.
Faktor Yang Menjadi Punca Kemurungan
Terdapat pelbagai faktor yang dapat meningkatkan kemurungan iaitu
faktor tekanan diri, kurang yakin pada diri sendiri dan perasaan kendiri
yang rendah, kehilangan daya kawalan ke atas perlakuan-perlakuan
individu, pengalaman sosial yang menyakitkan seperti kematian orang yang
sangat disayangi, perceraian atau kegagalan dalam peperiksaan juga
boleh menyumbang ke arah kemurungan. Pengaruh emosi seperti menghadapi
tekanan hidup seringkali juga menjadi punca masalah kemurungan.
Selain punca-punca yang dinyatakan di atas, faktor biologi individu
terbabit juga boleh menjadi penyebab penyakit kemurungan. Antara faktor
biologi tersebut adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak.
Dipercayai bahawa ketidakseimbangan bahan kimia yang dipanggil
neurotransmiter serotonin di bahagian otak akan menyebabkan seseorang
itu mengalami kemurungan. Serotonin inilah yang terlibat dalam proses
pemikiran dan mengawal emosi. Oleh itu apabila berlaku ketidakseimbangan
bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses
pemikiran dan emosi dengan baik. Apabila perkara ini berlaku, ia akan
menjejaskan proses pengeluaran kata-kata, ingatan dan daya tindak
seseorang manusia dan akhirnya akan wujudlah masalah kemurungan.
GenetikKemurungan juga berlaku lebih kerap kepada
seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap kemurungan.
Oleh itu ada kemungkinan kemurungan ini boleh diwarisi melalui genetik
atau keturunan. Ia juga boleh disebabkan oleh sesetengah ubat darah
tinggi. Sekiranya ini berlaku, kemurungan itu akan beransur hilang
dengan sendirinya apabila ubat-ubatan tersebut diberhentikan. Oleh itu
jika seseorang itu sedang mengambil ubat-ubatan, sila pastikan dengan
doktor terlebih dahulu sama ada ubat-ubatan tersebut mungkin punca
pesakit mengalami kemurungan ataupun tidak.
Daripada kenyataan di atas, dapat dirumuskan bahawa penyakit ini
berpunca daripada pelbagai faktor yang merangkumi genetik, psikologi dan
yang ada kaitan dengan proses perkembangan personaliti dan sebagainya.
Sepanjang rawatan, emosi pesakit akan bertambah baik dan kesakitan
fizikal dialaminya juga semakin berkurangan. Ahli keluarga juga
memainkan peranan membantu memulihkan pesakit murung dengan memahami
keperluan dan manfaat ubat yang kadangkala boleh membuatkan mereka
berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor.
Ramai pesakit dan ahli keluarga tidak sedar bahawa memberhentikan
pengambilan ubat kemurungan secara tiba-tiba menyebabkan kemurungan
menyerang semula. Ini bermakna risiko pesakit untuk mengalami kemurungan
selepas berhenti mengambil ubat adalah sangat tinggi.
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat
secara teratur, satu rancangan pemulihan yang lengkap dan komprehensif
harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat
seperti sediakala. Sebahagian daripada pusat kesihatan dilengkapi unit
pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu kawan anda pulih
daripada penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk bekerja dan
berinteraksi dengan masyarakat..
Oleh itu sekiranya ada keluarga atau rakan anda menghadapi
kemurungan bantulah dia dan bawalah dia untuk rawatan