Malam pertama amat mengerikan untuk semua wanita tetapi malam yang ditunggu-tunggu oleh si teruna.
Percayakah anda ramai pasangan yang baru diijabkabulkan gagal melaksanakan malam pertama.
Kegagalan tersebut berlaku disebabkan beberapa perkara:-
- Perasaan takut atau malu terlalu tinggi oleh si isteri.
- Kesakitan atau kesusahan untuk menembusi dara si isteri.
- Si suami terlalu terburu-buru atau terlalu gemuruh dan ini menyukarkan untuk terus menikmati keindahan malam pertama.
Begitupun,
tahukah anda, malam pertama bukan sahaja memberi penuh makna serta
debaran kepada isteri, malah situasi tersebut sebenarnya turut berlaku
kepada suami? Menurut Profesor Emeritus Dr. Mohd. Ismail Tambi dalam
penulisannya yang bertajuk Adab Malam Pertama, beliau menyenaraikan tiga dilema yang sering dihadapi suami ketika menghadapi malam pertamanya:
*Tekanan:
Masalah boleh berlaku jika suami terasa tertekan atau cemas kerana
memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya iaitu melakukan
hubungan seksual. Sekiranya suami gemuruh, dia akan kehilangan
rangsangan dan ketegangan atau ereksi. Rangsangan dan ketegangan itu
akan kendur dan hilang kekerasan. Seterusnya suami akan gagal untuk
melakukan penembusan faraj yang biasa dikaitkan dengan malam pertama
kepada isteri. Keadaan ini dikenali sebagai 'mati pucuk malam pertama.'
Tetapi dalam keadaan penuh yakin dan
bersemangat kejantanan, ereksi akan kembali segar dan hubungan seksual
suami isteri akan dapat dilakukan.
Masalah ejakulasi:
Suami berasa amat teruja sehingga belum pun sempat menyalurkan
ereksinya, klimaks telah pun berlaku. Kadangkala perasaan teruja itu
amat ketara sehingga ejakulasi boleh berlaku secara spontan apabila
isteri memegang alat kelamin suami. Bila suami dapat mengatasi
kelemahan daya kawalan ereksi dan dapat mengawal ejakulasi maka masalah
itu akan menjadi terkawal.
Kurang keyakinan:
Suami amat yakin dengan kemampuan ereksi dan kawalan ejakulasi tapi
masih juga terpancut awal dan hilang daya ereksi apabila dia gagal untuk
menembusi faraj isteri. Suami terasa seperti ada sesuatu yang
menghalang di depan pintu faraj dan mula berasa tidak yakin tentang
kemampuannya untuk melakukan penembusan dan mengawal ejakulasi.
Perasaan kurang yakin itu akan membuatkan suami hilang kemampuan
mencapai ereksi dan kesudahannya dia akan mengalami mati pucuk!!
Dalam
hal ini, seorang isteri yang tahu memainkan peranan dalam persetubuhan
dapat berinteraksi bersama suaminya dengan selesa. Jika tiada apa-apa
halangan, dia boleh mencapai klimaks atau mendapat kepuasan dalam
hubungan intim itu. Ini secara tidak langsung, isteri dapat membantu
suami mengatasi masalahnya
------------------------------------------------------------------------