Kenapa Kita Perlu Tahu Waktu Subur Wanita?
Ada 2 sebab utama iaitu :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Jika diteliti cara pengiraan kitaran haid dan waktu suburnya membolehkan kita melaksanakan 2 perkara tersebut dengan izinNya.
Fahami Kitaran Haid Wanita
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari tetapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri. Ada wanita kitarannya 25 hari dan ada juga lambat sehingga 35 hari.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid( darah keluar). Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Wanita perlu menanda di kalendar sehingga tamat. Sebaiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran haid anda beberapa hari sebulan.
Hari 5-13
Ini di panggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu ini merupakan proses peneluran yang di panggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya disenyawakan ,ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Fasa ini di panggil luteal atau secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya,sejenis hormon di panggil progestrone di rembes daipada sarangnya ( corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.
Bilakah Waktu Subur Sebenarnya?
Waktu subur yang terbaik untuk bersama ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah ketika telur baru sahaja keluar daripada sarang iaitu lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
No comments :
Post a Comment