Sakit semasa hubungan seks memang jarang dibincangkan. Mungkin kerana
segan atau ia dianggap 'taboo" bagi sesetengah orang. Bagi wanita
terutamanya, anda mungkin tertanya tanya sendiri kenapa ia ia terjadi
sedangkan seks sepatutnya sesuatu yang memberikan kenikmatan bukan
menyakitkan. Hakikat sebenarnya ialah, tidak semua seks memberi nikmat
setiap kali berhubungan. Dikatakan hampir semua wanita akan merasai
sakit semasa berhubungan sekurang kurang sekali seumur hidupnya.
Gejala
Sakit
kerap terjadi sebelum semasa dan selepas seks tetapi lokasi, masa dan
intensiti mungkin berbeza-beza. Ada yang merasa ketika saat penetrasi
dan ada juga semasa aktiviti "trusting" .Ia mungkin terjadi pada setiap
penetrasi atau sekali sekala dan kesakitan mungkin terasa pada bahagian
luar faraj atau atau lebih jauh kedalam pelvis. Ia juga mungkin lebih
kepada rasa pedih, panas atau senak. Sakit juga mungkin berkait dengan
posisi seks, seperti kedudukan suami diatas atau atau lebih kepada
posisi 'doogie'.
Punca
Punca selalunya berkait rapat
dengan karakter sakit itu sendiri. Sakit dan senak dalaman lebih
menjurus kepada masalah dalam pelvis manakala sakit luaran lebih berkait
kepada masalah pada faraj. Diantara sebab sebab yang paling kerap
ialah:
Kurang Lubrikasi - Keadaan ini terjadi
selalunya disebabkan kurang aktiviti “foreplay”, tetapi ia lebih
dikaitkan dengan oleh kekurangan hormon selepas menopos, selepas pantang
atau semasa menyusu badan. Sebab kurang lubrikasi yang lebih jarang
ialah kesan sampingan dari pemakanan ubat seperti antimurung, pil darah
tinggi, ubat selsema, sedatif dan sesetengah pil perancang.
Jangkitan kuman - Jangkitan bakteria pada pundi kencing dan faraj boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks.
Alahan pada alat pencegah kehamilan dan krim seperti
condom, jeli pelincir, krim haruman faraj dan sebagainya boleh
menyebabkan inflamasi disekitar faraj dan rasa sakit setiap kali
mengunakannya.
Vaginismus - Iaitu
kekejangan otot keliling faraj yang berlaku dibawah sedar juga boleh
menyukarkan penetrasi dan seterusnya kesakitan semasa seks.
Masalah sakit puan - Termasuk endometriosis, radang pelvis, uterine prolapse, rahim jatuh, fibroid dan ovarian cyst.
Masalah kecacatan konjenital pada sistem peranakan - Sesetengah
wanita diahirkan dengan selaput dara tebal, faraj yang sempit ( vaginal
stenosis) dan sebagainya yang boleh menjdi punca kesakitan yang teruk
semasa seks,
Radang dan iritasi selepas pembedahan - Radang dan iritasi selepas pembedahan dan jahitan pada bahagian genital boleh menjurus kepada rasa sakit dan sengal semasa seks.
Parut pembedahan - Parut dari pembedahan histerektomi dan kesan kemoterapi boleh menyebabkan sakit semasa seks.
Faktor emosi - Emosi
kerap memainkan peranan dan boleh menjurus kepada sakit semasa seks.
Rasa cemas, murung dan rendah diri terhadap keadaan fizikal tubuh badan
boleh menyebabkan kurang rasa erotik dan seterusnya sakit semasa seks.
Tekanan perasaan menyebabkan otot faraj tegang dan seterusnya penetrasi
sukar terjadi.
Berjumpalah Dengan Doktor
Sekiranya
anda kerap mengalami sakit semasa seks, langkah pertama yang anda patut
ambil ialah berjumpa dengan doktor sakit puan anda. Ceritakan tentang
kekerapan kesakitan dan bagaimana ia bermula dan ketika dan bagaimana ia
lebih kerap terjadi. Masalah dan sejarah perubatan dan pembedahan
terdahulu juga perlu diperjelaskan dengan terperinci termasuklah sebarang pil atau ubat yang anda makan. Jangan malu untuk meluahkan perasaan anda sepanjang perbualan dengan doktor.
Diagnosa dan Rawatan
Diagnosa
selalunya dapat dibuat selepas pemeriksaan faraj dan Ultrasound.
Rawatan akan diberikan akan bergantung sepenuhnya kepada punca
kesakitan. Bagi mereka yang mengalami jangkitan kuman, antibiotik akan
diberikan untuk beberapa hari untuk memastikan anda bebas dari kuman.
Bagi mereka mengalami masalah kurang lubrikasi, hormon terapi mungkin
boleh menolong meningkatkan kelinciran disamping jeli lubrikasi yang
boleh di beli dikaunter farmasi berdekatan. Untuk mereka yang mengalami
kesakitan terutama semasa aktiviti ‘trusting’, tukar posisi seks anda
seperti anda pada kedudukan atas atau posisi mengiring dan cuba
ekperimen dengan pelbagai posisi berbeza. Berbincang dengan suami anda
sekiranya emosi yang menjadi punca utama kerana ia merupakan masalah
yang perlu dikongsi bersama. Komunikasi mungkin merupakan ubat terbaik
untuk anda. Jangan malu dan segan kerana pasangan anda adalah suami
anda, seorang yang anda cinta.
Sekiranya ia lebih kepada masalah emosi yang rumit dan kronik, anda mungkin perlu mendapat rawatan dari pakar psikologi.
Masalah peranakan yang lebih serius.
Sekiranya
doktor mensyakki yang anda mengalami masalah yang lebih pada pelvis,
ujian laparoscopi mungkin akan disarankan. Masalah seperti endometriosis
atau ovarian cyst adalah diantara punca yang kerap dikaitkan dengan
kesakitan dan senak dalaman semasa seks dan diagnosa dengan senang dapat
dibuat melalui kaedah laparoskopi ini. Semasa laparoskopi, kamera kecil
akan dimasukkan pada pusat dimana pakar bedah akan melihat dengan
teliti keadaan dalam pelvis anda. Bagi mereka yang mengalami
ketidaknormal pada sistem genital seperti hymen tebal dan sebagainya,
pembedahan mungkin akan disarankan.Oleh itu setiap wanita harus peka apabila sakit semasa hubungan seks.