Pendarahan faraj tidak normal
Ramai
wanita mengalami pendarahan rahim yang tidak normal sekurang-kurangnya
sekali pada usia reproduksi. Tempoh yang paling kerap terjadi ialah pada
tahun tahun pertama selepas haid iaitu semasa remaja dan dua atau tiga
tahun terakhir haid sebelum menopos. Kebanyakan dari pendarahan ini
adalah ringan dan tidak berkait dengan masalah organ peranakan dan
selalunya hilang dengan sendiri, tetapi pada segelintir wanita, ia
mungkin merupakan tanda serius yang memerlukan rawatan segera.
Gejala Yang Kerap Terjadi
Anda
mungkin mengalami pendarahan rahim yang tidak normal jika anda kerap
menukar pad disebabkan aliran haid menjadi lebih lebat dari biasa. Ia
juga tidak normal sekiranya aliran masih banyak walaupun sudah lebih
dari tujuh hari.
Anda juga dikatakan mengalami pendarahan tidak normal sekiranya sekiranya tiada haid langsung selama berbulan bulan.
Pendarahan faraj tidak normal dan menjadi serius sekiranya
- Pendarahan berlaku di tengah bulan
- Pendarahan berlaku semasa dan selepas hubungan seks
- Pendarahan yang disertai dengan darah beku yang besar
- Belaku pendarahan yang banyak sehingga membasahi kain dan kerusi yang anda duduk
- Pendarahan yang disertai dengan bau yang tidak menyenangkan
- Pendarahan yang disertai dengan sengugut
- Pendarahan berlaku selepas menopos
Punca Pendarahan
Pendarahan
haid yang banyak atau menorrhagia biasanya terjadi disebabkan
ketidakseimbangan hormon di kalangan remaja pada tahun-tahun selepas
bermulanya haid, atau wanita yang menghampiri menopos.
Haid
pada usia remaja dan pada sekitar menopos bergantung pada tahap hormon
yang dikeluarkan oleh ovari. Jika ovulasi tidak terjadi secara teratur,
berlaku ketidakseimbangan hormon dan haid menjadi tidak normal.
Pendarahan sebegini tidak serius dan jarang memerlukan rawatan.
Mereka
yang mengunakan alat pencegah hamil juga terdedah kepada pedarahan
tidak normal seperti alat dalam rahim atau IUD ( Intrauterine
contraceptive device) kerana ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak
dan Implanon yang boleh menyebabkan anda tidak mengalami haid berbulan
bulan lamanya. Pendarahan dari punca ini adalah normal kerana ia cuma
sebahagian dari kesan sampingan sahaja dan tidak memerlukan sebarang
rawatan sekiranya ia ringan dan tidak menganggu cara hidup anda.
Penyebab pendarahan serius termasuklah
- Fibroid
- Polip pada rahim and pangkal rahim
- Jangkitan kuman pada vagina dan pelvis
- Kanser rahim
- Kanser pangkal rahim
Dalam
kes yang amat jarang, pendarahan tidak normal mungkin disebabkan
berlakunya ketidaknormalan pada sistem pembekuan darah dimana pesakit
bukan sahaja mempunyai pedarahan haid yang banyak tetapi juga berdarah
dari hidung, gusi dan najis.
Apa yang perlu lakukan
Sekiranya
anda mengalami pendarahan faraj yang luarbiasa, adalah amat penting
untuk anda memastikan ia bukan masalah serius. Hanya doktor yang akan
memberikan jawapan yang tepat samada ia berpunca dari hormon atau
sebaliknya.
No comments :
Post a Comment