Rahim atau peranakan jatuh adalah satu perkara yang biasa berlaku di
kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang
pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari.
Namun
begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah
dengan keadaan rahim jatuh itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan
hariannya.
Rahim jatuh berlaku dalam keadaan di
mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak
dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.
‘‘Apabila
ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol
ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.
“Walaupun
tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan
penderitaan emosi. Kadang- kadang seseorang itu boleh mendapat lebih
dari sejenis rahim jatuh.
Jenis-jenis rahim jatau peranaknan jatuh bahagian atas/bumbung faraj sekiranya bahagian atas yang terlibat,
maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).
*
Gred 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak
menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan
dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear
* Gred 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj
* Gred 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.
Bahagian hadapan
Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan. Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.
Bahagian belakang faraj
“Sebahagian dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan ini dipanggil enterosele.
“Jika
rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang
faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele,
Kemungkinan
besar, kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa
secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis,
boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas
pembedahan.
Ada juga yang dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah.
“Ini
mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan oleh otot-otot
keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.
“Ia
terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi
disebabkan olehrahim jatuh dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti
fibroid,’’
Punca-punca rahim jatuh
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah, antaranya kehamilan dan bersalin; usia dan menopaus; obesiti; ketumbuhan seperti fibroid yang besar dan; batuk atau sembelit kronik.
Lain-lain
termasuklah mengangkat bebanan yang berat; keturunan seperti Sindrom
Marfan dan etnik; menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi,
pembetulan pundi kencing dan; kerosakan atau kecederaan pada saraf
tunjang.
“Sekiranya
pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar
mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas.
“Apabila
usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit,
rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan
jari untuk mengeluarkan najis.
Jatuh
organ rahim pula menyebabkan wanita berasa ada benda berat di celah
alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh
keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.
Pencegahan
* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
*
Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang
lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses
pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan
mengurangkan sakit belakang
*
Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik.
Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan
dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar
dari bilik air
* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
Rahim jatuh bahaya atau tidak kita sebagai wanita harus nilaikannya sendiri
No comments :
Post a Comment