Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 23 September 2013

Tertekan Bila Aku Jadi Tempat Makian Suami.

makian,sumpahan
Tertekan bila aku jadi tempat makian suami. Itulah kebiasaan luahan hati seorang isteri. Luahan yang keluar hanya di dalam hati dan tidak  terluah dengan kata-kata bagi menjaga maruah suami yang terlalu baik budi perketi itu pada pandangan masyarakat keliling.

Sebenarnya dengan kelakuan suami sedemikian boleh menganggu emosi dan kewarasan isteri dalam kehidupan seharian.


"Pernah sekali dia menyepak saya di depan ibu sewaktu saya dalam pantang anak pertama. Malah, saya dimaki hamun disebabkan masalah kecil.

Pernah sekali anak saya terjatuh ketika saya membancuh susu untuknya, lalu suami menghamburkan makian ‘Kau ini ba**, kalau kau mam*** lagi bagus’ di depan mentua, membuatkan saya malu.

Apabila saya ada masalah dan mahu berbincang bersamanya, suami terus melenting dan enggan melayan permintaan saya. Paling melukakan hati, sebaik marahnya reda dia langsung tidak rasa bersalah dan memujuk saya.

Layanannya terhadap rakan pula sangat berbeza. Dia tidak pernah mengamuk dan sangat baik tatkala keluar mahupun bersama rakan. Pada mata kenalannya, suami saya sangat baik hati dan pemurah.

Dia sering meminjamkan wang kepada rakannya serta tidak lokek menjamu mereka. Begitu juga dengan keluarganya. Dia melayan mereka dengan mesra berbanding saya yang sering dianggap seperti hamba atau pelacur.

Dia hanya bersikap baik andai mahukan layanan di bilik tidur. Terus terang, saya terasa tidak ubah seperti pelacur dengan kelakuannya.

Kadangkala saya rasa mahu menamatkan perkahwinan kami. Memikirkan gaji bulanan saya hanya RM1,000 sebulan berbanding pendapatan lumayannya sebagai kontraktor, saya khuatir anak melarat serta dipisahkan daripada saya kerana berpendapatan kecil.

Namun begitu, dia tidak pula memberi nafkah sewajarnya, kalau adapun hanya cukup membeli lampin dan susu, sedangkan bayaran untuk pengasuh mencecah RM500 sebulan selain keperluan lain ditanggung saya. Ini menyebabkan saya terpaksa mengikat perut ketika makan di pejabat.

Apabila saya mengadu kepada keluarga mentua, mereka masih menyalahkan saya. Padahal mereka sedia maklum anak mereka mendera saya dengan pelbagai tohmahan"


 

No comments :

Post a Comment