Tanda-tanda pasangan curang. Kes curang ini biasanya terdapat beberapa punca atau sebab yang kadang-kadang logik pada akal malah ada juga langsung tiada logiknya.
Ok. NB tidak mahu bercerita panjang..jom kita terjah jika benar pasangan anda mempunyai kekasih gelap di belakang anda atau CURANG ketika bersama dengan anda.
Tips untuk mengenali pasangan curang.
1. Kurang berikan perhatian
Pada permulaan anda akan berasa perubahan terhadap diri pasangan. Misalnya tidak lagi berbalas mesej dan mencuba mencari kesalahan anda walaupun kesalahan yang anda lakukan itu tidaklah sebesar mana dan mula bertindak menengking serta berbual secara sinis dengan memperli dengan kata-kata menyakitkan hati.
Pada permulaan anda akan berasa perubahan terhadap diri pasangan. Misalnya tidak lagi berbalas mesej dan mencuba mencari kesalahan anda walaupun kesalahan yang anda lakukan itu tidaklah sebesar mana dan mula bertindak menengking serta berbual secara sinis dengan memperli dengan kata-kata menyakitkan hati.
2. Menghabiskan banyak masa di tempat kerja
Hal ini akan
berlaku secara tiba-tiba dengan menghabiskan banyak masa di tempat kerja
kemudian pulang lewat ke rumah. Ini sering terjadi kepada mereka yang
sudah mendirikan rumah tangga. Tetapi janganlah berfikiran buruk
terhadap mereka kerana mungkin benar mereka berkerja keras untuk beri
kesenangan kepada anda. Sebelum membuat andaian buruk, siasat terlebih
dulu untuk tahu perkara sebenar.
3. Bau
Setiap pasangan yang sudah berkahwin akan mengenali
bau pasangan mereka dan jika ada terdapat perubahan pada bau pasangan
anda perlu lebih berhati-hati.
4. Jawab panggilan telefon secara sembunyi
Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon di hadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan.
5. Layan internet sampai larut malam
Zaman serba canggih ini pelbagai cara boleh dilakukan untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu.
6.Bil bayaran yang luar biasa
Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, apabila diperuntukkan untuk dua orang sudah pasti perbelanjaan akan semakin meningkat. Hal ini sering terjadi kepada orang yang sudah berkahwin pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk belanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.
Tidak memakai cincin yang diberi
Kebanyakan orang yang bercinta akan memakai cincin sebagai tanda cinta.
Cincin juga adalah satu 'sentimental value' untuk sesebuah pasangan.
Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari
wanita terlebih dulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin
melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak
memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar
atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki
sesuatu.
Oleh itu bagi si isteri mahupun wanita seluruh dunia awasi orang yang anda sayang dan siasat terlebih dahulu sebelum menuduh pasangan anda curang.
Oleh itu bagi si isteri mahupun wanita seluruh dunia awasi orang yang anda sayang dan siasat terlebih dahulu sebelum menuduh pasangan anda curang.
No comments :
Post a Comment