Cinta jarak jauh-apakah penyudahnya. Emm.. tajuk ni adalah tajuk kegemaran NB sebab apa? sebab masa muda-muda dulu pernah merasa cinta jarak jauh ni berkat kesabaran dan doa berterusan alhamdulliah kini telah bersatu.
Kali ni NB nak kongsi artikel yang sentiasa di cari oleh sesiapa sahaja yang sedang bercinta secara jarak jauh.Di harap dapat memberi sedikit info yang berguna
Cinta jarak jauh ini memang sangat mencabar terutama apabila ramai di luar sana yang lebih cantik dan bergaya pasti akan ada sedikit perasaan goyah di dalam hati
Apabila berjauhan pasti perasaan rindu menebal dan apa yang dilakukan seharian serba tidak kena. Terutama apabila jarak memisahkan kalian dengan pasangan dan hanya kesetiaan dan kepercayaan yang menemani agar diri tidak berterusan merindui.
Kata-kata indah yang pernah dilontarkan juga sering terngiang-ngiang di telinga dan nama seolah diseru oleh si dia yang dipuja itu terutama apabila tidak pernah berjauhan. Sebelum ini tempat berjumpa menjadi lambang cinta apabila melihat saja tempat pernah berkasih mesti hati terus teringat kepadanya. Kini jarak yang memisahkan anda dengan pasangan, seorang di selatan dan seorang lagi di barat.
Maklumlah nak berjumpa memang mustahil, tambahan pula pasangan berada di luar negara menyambung pengajian.
Cinta jarak jauh ini banyak dialami kepada mereka yang sedang bekerja atau belajar yang berlainan tempat, lalu menyebabkan mereka susah untuk berjumpa bagi melepaskan rindu. Namun awas apabila berjumpa, jangan berlebih-lebih pula, mesti sentiasa ingat dosa dan pahala serta haram dan halal.
Kes cinta jarak jauh ini memang biasa terjadi dalam kalangan masyarakat kita, ada yang berkahwin dan hubungan kekal sehingga nafas terakhir. Namun ada juga yang putus di tengah jalan, kekasih dirampas pihak ketiga, cinta beralih arah dan memilih perpisahan sebagai jalan penyelesaian.
Cinta jarak jauh menuntut kepercayaan yang tinggi dan kesetiaan haruslah ada dalam jiwa pasangan masing-masing kerana ia tidak mudah ditangani. Percaya kepada pasangan supaya tidak timbul isu cemburu buta apabila pasangan rapat dengan orang di sekelilingnya.
Bila rindu, apa yang harus kita lakukan? Adakah cara untuk mengubat rindu? Pelbagai tips yang penulis dengar dapat mengurangkan perasaan rindu kepada pasangan. Contohnya meletakkan gambar pasangan di bawah bantal agar si dia sentiasa ingatkan kita dan terbawa ke dalam mimpi.
Selain itu, sebelum meneroka ke dunia yang lain tetapkan harapan terhadap cinta yang terbina agar hubungan itu kekal dan mempunyai batasan dalam berkawan supaya tidak berlaku pergaduhan di antara anda dan pasangan.
Banyak kes perceraian
dan putus cinta terjadi kerana tidak ada batasan dalam berkawan terutama
apabila mempunyai pasangan yang kuat cemburu dan anda mestilah jujur
dalam menjalinkan hubungan cinta ini dan tidak sesekali menipu apabila
kantoi curang, barulah sibuk memujuk dia kembali, sesal pun tidak
berguna.
Kebanyakan orang yang memutuskan hubungan juga menggunakan jarak sebagai alasan, padahal hati yang tidak kuat dalam menahan godaan orang lain. Ketika berjauhan juga air mata akan menjadi teman setia akibat rindu yang teramat sangat.
Kebanyakan orang yang memutuskan hubungan juga menggunakan jarak sebagai alasan, padahal hati yang tidak kuat dalam menahan godaan orang lain. Ketika berjauhan juga air mata akan menjadi teman setia akibat rindu yang teramat sangat.
Tentu sekali
perasaan akan begitu kuat sehingga membawa mati atau membutakan mata
dengan menangis berhari-hari seperti Kassim Selamat dalam Ibu Mertuaku.
Bukankah perlakuan begitu tidak wajar? Daripada meratapi si dia yang
jauh, lebih baik anda banyak luangkan masa bersama teman-teman yang lain
tetapi harus diingat mestilah setia dan jangan pernah terlintas di hati
untuk curang.
Di samping itu, mereka yang bijak dalam
berhubungan juga mengambil kesempatan apabila berjauhan untuk meluahkan
perasaan yang terbuku di hati kerana bila dekat memang payah nak luahkan
perasaan tetapi bila jauh pula, perasaan rindu itu mudah untuk
diluahkan. Contohnya memberikan surat atau e-mel dengan kata-kata puisi
cinta dan mengimbas kembali nostalgia lama ketika mula-mula bercinta
barulah kasih sayang yang dibina lebih kukuh.
Ringkasnya di
sini, jarak bukan penghalang anda untuk berhubung tetapi cara dan kurang
memahami pasangan masing-masing menjadi penyebab utama. Tidak ada apa
yang perlu digusar andai berjauhan cuma perlu lebih berikan komited
terhadap pasangan agar dapat membina sebuah perhubungan yang sihat dan
berkekalan.
No comments :
Post a Comment