Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 10 April 2013

Wanita Gempal Tidak Subur?

wanita
Wanita gempal tidak subur? mungkin inilah persoalan yang mungkin sering berlaku masalah utama alam berumahtangga.

Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami infertiliti. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan, keadaan ini dikenali sebagai tiada berlakunya pengovulan.
Seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada seseorang wanita untuk menghasilkan telur dengan sempurna. Penurunan berat badan bagi puan amat penting sebagai langkah rawatan bagi masalah ketidaksuburan atau infertiliti dan juga bagi menghindarkan daripada mengalami masalah lain berkaitan obesiti. 

Sokongan mental, fizikal, spiritual dan juga kewangan antara suami dan isteri amatlah penting dalam menjalani rawatan infertiliti. Waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan adalah setelah setahun berkahwin iaitu dalam masa itu berusaha gigih untuk mendapatkan zuriat tetapi masih gagal.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur pula perlu menjalani ujian darah tambahan bagi hormon Prolaktin, hormon tiroid dan hormon testosteron. Selepas itu, rawatan dan pemeriksaan selanjutnya akan dijalankan.
Seterusnya pemeriksaan faraj bagi mengetahui saiz dan kedudukan rahim. Pada masa sama, ujian Pap smear boleh dijalankan dan juga menjalani ujian imbasan ultrabunyi melalui faraj yang dikenali sebagai 'transvaginal sonography' (TVS). Tujuannya untuk mengesan sama ada rahim seseorang wanita tersebut normal atau mengalami ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya selain mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan (anteverted) atau ke belakang (retroverted).
Bagi lelaki, sejarah perubatan, pemeriksaan klinikal dan ujian air mani perlu dijalankan. 

Antara yang boleh menyebabkan benih suami kurang bilangannya, tidak aktif atau tidak normal bentuknya adalah penyakit-penyakit jangkitan kuman yang mungkin berlaku pada umur kanak-kanak seperti deman beguk (mumps). Virus beguk boleh menyerang buah zakar dan merosakkan kilang benih lelaki.

Wanita gempal tidak subur? adalah sesuatu yang subjektif.

No comments :

Post a Comment