Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 20 September 2013

Sudahkah Anda Sedia Untuk Dimadukan?

bermadu
Sudahkah anda sedia untuk dimadukan? satu soalan yang mudah tetapi teramat sukar untuk di jawab.

Pada pandangan saya, tidak semua para isteri sanggup dimadukan walaupun dijanjikan bulan dan bintang.

10 Perkara Yang Perlu Anda Bersedia Untuk Dimadukan.

1. Bersedia untuk melihat suami memberi perhatian kepada isteri yang lain.

2. Bersedia untuk melihat suami memberi komitment kepada isteri yang lain

3.Bersedia untuk melihat suami merindui,menyayangi isteri yang lain.

4. Bersedia untuk tidur seorang diri.

5. Bersedia untuk berkongsi segala-galanya.

6. Bersedia untuk cemburu

7. Bersedia untuk melihat suami anda di manjakan oleh isteri yang lain.

8. Bersedia darisegi fizikal dan mental

9. Bersedia dengan pelan seterusnya jika si suami mula tidak berdiri di landsan yang betul.

10. Bersedia untuk menangis dan memendam rasa.

Sekiranya anda telah bersedia  bermakna anda telah melangkah setapak ke hadapan untuk menuju ke alam bermadu.


Kenali Punca Kemurungan

  • Syak wasangka
  • Tidak boleh menguruskan rumahtangga
  • Tidak boleh memberikan komitment di tempat kerja.
  • Mengasingkan diri dari khalayak ramai
  • Cemburu yang berlebihan terhadap orang yang di sayanginya
Jika terdapat ciri-ciri tersebut seeloknya terus berjumpa dengan doktor.


Apakah Yang Di Maksudkan Dengan Kemurungan
 
Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan seharian individu tersebut termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraan seseorang itu.

Kemurungan yang tidak diberi rawatan sewajarnya boleh menyebabkan seseorang bertindak agresif sehingga berkeinginan membunuh diri. 

Memang tidak pelik bagi golongan yang mengalami kemurungan yang kronik berisiko tinggi menghidapi masalah jantung kerana tekanan dan stres adalah salah satu penyebab penyakit jantung.

Ada pesakit dan ahli keluarga tidak mengambil berat penyakit kemurungan ini walaupun terdapat rawatan seperti ubat-ubatan dan kaunseling. Mungkin masyarakat tidak sedar bahawa masalah mental adalah penyakit sepanjang hayat dan ia boleh berulang-ulang tanpa mereka sedari. Justeru pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat sewenang-wenangnya tanpa nasihat pakar psikiatri. Namun, disebabkan prejudis masyarakat, pesakit dan ahli keluarga tidak mahu mendapatkan rawatan.


Faktor Yang Menjadi Punca Kemurungan
 
Terdapat pelbagai faktor yang dapat meningkatkan kemurungan iaitu faktor tekanan diri, kurang yakin pada diri sendiri dan perasaan kendiri yang rendah, kehilangan daya kawalan ke atas perlakuan-perlakuan individu, pengalaman sosial yang menyakitkan seperti kematian orang yang sangat disayangi, perceraian atau kegagalan dalam peperiksaan juga boleh menyumbang ke arah kemurungan. Pengaruh emosi seperti menghadapi tekanan hidup seringkali juga menjadi punca masalah kemurungan. 

Selain punca-punca yang dinyatakan di atas, faktor biologi individu terbabit juga boleh menjadi penyebab penyakit kemurungan. Antara faktor biologi tersebut adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. 

Dipercayai bahawa ketidakseimbangan bahan kimia yang dipanggil neurotransmiter serotonin di bahagian otak akan menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan. Serotonin inilah yang terlibat dalam proses pemikiran dan mengawal emosi. Oleh itu apabila berlaku ketidakseimbangan bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses pemikiran dan emosi dengan baik. Apabila perkara ini berlaku, ia akan menjejaskan proses pengeluaran kata-kata, ingatan dan daya tindak seseorang manusia dan akhirnya akan wujudlah masalah kemurungan.

GenetikKemurungan juga berlaku lebih kerap kepada seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap kemurungan. Oleh itu ada kemungkinan kemurungan ini boleh diwarisi melalui genetik atau keturunan. Ia juga boleh disebabkan oleh sesetengah ubat darah tinggi. Sekiranya ini berlaku, kemurungan itu akan beransur hilang dengan sendirinya apabila ubat-ubatan tersebut diberhentikan. Oleh itu jika seseorang itu sedang mengambil ubat-ubatan, sila pastikan dengan doktor terlebih dahulu sama ada ubat-ubatan tersebut mungkin punca pesakit mengalami kemurungan ataupun tidak.

Daripada kenyataan di atas, dapat dirumuskan bahawa penyakit ini berpunca daripada pelbagai faktor yang merangkumi genetik, psikologi dan yang ada kaitan dengan proses perkembangan personaliti dan sebagainya.

Sepanjang rawatan, emosi pesakit akan bertambah baik dan kesakitan fizikal dialaminya juga semakin berkurangan. Ahli keluarga juga memainkan peranan membantu memulihkan pesakit murung dengan memahami keperluan dan manfaat ubat yang kadangkala boleh membuatkan mereka berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor. 

Ramai pesakit dan ahli keluarga tidak sedar bahawa memberhentikan pengambilan ubat kemurungan secara tiba-tiba menyebabkan kemurungan menyerang semula. Ini bermakna risiko pesakit untuk mengalami kemurungan selepas berhenti mengambil ubat adalah sangat tinggi. 

Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu rancangan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala. Sebahagian daripada pusat kesihatan dilengkapi unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu kawan anda pulih daripada penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk bekerja dan berinteraksi dengan masyarakat..

Oleh itu sekiranya ada keluarga atau rakan anda menghadapi kemurungan bantulah dia dan bawalah dia untuk rawatan

Thursday, 19 September 2013

Pikul Hutang Kerana Suami

hutang
 Kisah Benar- Pikul hutang kerana suami

DALAM menjalani hidup berumah tangga bukan semua orang bernasib baik. Ada yang bahagia dari mula kahwin hingga ke akhir hayat, hidup aman damai. Ada yang terpaksa bersendirian jadi ibu tunggal, ada juga ditinggalkan, digantung tak bertali, tetapi lebih malang apabila terpaksa menanggung biawak hidup dan dikelilingi hutang.

''Inilah nasib yang saya lalui. Dah lebih 10 tahun saya terpaksa menanggung beban hutang bank dan dengan saudara mara.'' Itu cerita Norhashina dalam e-mel diikuti perbualan di telefon.

''Saya rasa sayalah orang paling malang di dunia. Kalau kurang didikan agama dan iman rasanya mahu saya terjun rumah flat ini. Tapi bila memikirkan tiga anak masih perlukan saya lagi, saya terpaksa kuatkan semangat, tebalkan muka, terus menjalani hidup yang perit ini.

10 Kebaikan Seks Yang Perlu Anda Tahu

kebaikan seks





Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:
  1. Seks mengurangkan tekanan
    Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.

Wednesday, 18 September 2013

Sakit Semasa Hubungan Seks

seks
Sakit semasa hubungan seks memang jarang dibincangkan. Mungkin kerana segan atau ia dianggap 'taboo" bagi sesetengah orang. Bagi wanita terutamanya, anda mungkin tertanya tanya sendiri kenapa ia ia terjadi sedangkan seks sepatutnya sesuatu yang memberikan kenikmatan bukan menyakitkan. Hakikat sebenarnya ialah, tidak semua seks memberi nikmat setiap kali berhubungan. Dikatakan hampir semua wanita akan merasai sakit semasa berhubungan sekurang kurang sekali seumur hidupnya.

Gejala

Sakit kerap terjadi sebelum semasa dan selepas seks tetapi lokasi, masa dan intensiti mungkin berbeza-beza. Ada yang merasa ketika saat penetrasi dan ada juga semasa aktiviti "trusting" .Ia mungkin terjadi pada setiap penetrasi atau sekali sekala dan kesakitan mungkin terasa pada bahagian luar faraj atau atau lebih jauh kedalam pelvis. Ia juga mungkin lebih kepada rasa pedih, panas atau senak. Sakit juga mungkin berkait dengan posisi seks, seperti kedudukan suami diatas atau atau lebih kepada posisi 'doogie'.

Punca

Punca selalunya berkait rapat dengan karakter sakit itu sendiri. Sakit dan senak dalaman lebih menjurus kepada masalah dalam pelvis manakala sakit luaran lebih berkait kepada masalah pada faraj. Diantara sebab sebab yang paling kerap ialah:

Kurang Lubrikasi - Keadaan ini terjadi selalunya disebabkan kurang aktiviti “foreplay”, tetapi ia lebih dikaitkan dengan oleh kekurangan hormon selepas menopos, selepas pantang atau semasa menyusu badan. Sebab kurang lubrikasi yang lebih jarang ialah kesan sampingan dari pemakanan ubat seperti antimurung, pil darah tinggi, ubat selsema, sedatif dan sesetengah pil perancang.

Jangkitan kuman - Jangkitan bakteria pada pundi kencing dan faraj boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks.

Alahan pada alat pencegah kehamilan dan krim seperti condom, jeli pelincir, krim haruman faraj dan sebagainya boleh menyebabkan inflamasi disekitar faraj dan rasa sakit setiap kali mengunakannya.

Vaginismus - Iaitu kekejangan otot keliling faraj yang berlaku dibawah sedar juga boleh menyukarkan penetrasi dan seterusnya kesakitan semasa seks.

Masalah sakit puan - Termasuk endometriosis, radang pelvis, uterine prolapse, rahim jatuh, fibroid dan ovarian cyst. 

Masalah kecacatan konjenital pada sistem peranakan - Sesetengah wanita diahirkan dengan selaput dara tebal, faraj yang sempit ( vaginal stenosis) dan sebagainya yang boleh menjdi punca kesakitan yang teruk semasa seks,

Radang dan iritasi selepas pembedahan - Radang dan iritasi selepas pembedahan dan jahitan pada bahagian genital boleh menjurus kepada rasa sakit dan sengal semasa seks.

Parut pembedahan - Parut dari pembedahan histerektomi dan kesan kemoterapi boleh menyebabkan sakit semasa seks.

Faktor emosi - Emosi kerap memainkan peranan dan boleh menjurus kepada sakit semasa seks. Rasa cemas, murung dan rendah diri terhadap keadaan fizikal tubuh badan boleh menyebabkan kurang rasa erotik dan seterusnya sakit semasa seks. Tekanan perasaan menyebabkan otot faraj tegang dan seterusnya penetrasi sukar terjadi.

Berjumpalah Dengan Doktor

Sekiranya anda kerap mengalami sakit semasa seks, langkah pertama yang anda patut ambil ialah berjumpa dengan doktor sakit puan anda. Ceritakan tentang kekerapan kesakitan dan bagaimana ia bermula dan ketika dan bagaimana ia lebih kerap terjadi. Masalah dan sejarah perubatan dan pembedahan terdahulu juga perlu diperjelaskan dengan terperinci  termasuklah sebarang pil atau ubat yang anda makan. Jangan malu untuk meluahkan perasaan anda sepanjang perbualan dengan doktor.

Diagnosa dan Rawatan

Diagnosa selalunya dapat dibuat selepas pemeriksaan faraj dan Ultrasound. Rawatan akan diberikan akan bergantung sepenuhnya kepada punca kesakitan. Bagi mereka yang mengalami jangkitan kuman, antibiotik akan diberikan untuk beberapa hari untuk memastikan anda bebas dari kuman. Bagi mereka mengalami masalah kurang lubrikasi, hormon terapi mungkin boleh menolong meningkatkan kelinciran disamping jeli lubrikasi yang boleh di beli dikaunter farmasi berdekatan. Untuk mereka yang mengalami kesakitan terutama semasa aktiviti ‘trusting’, tukar posisi seks anda seperti anda pada kedudukan atas atau posisi mengiring dan cuba ekperimen dengan pelbagai posisi berbeza. Berbincang dengan suami anda sekiranya emosi yang menjadi punca utama kerana ia merupakan masalah yang perlu dikongsi bersama. Komunikasi mungkin merupakan ubat terbaik untuk anda. Jangan malu dan segan kerana pasangan anda adalah suami anda, seorang yang anda cinta.
Sekiranya ia lebih kepada masalah emosi yang rumit dan kronik, anda mungkin perlu mendapat rawatan dari pakar psikologi.

Masalah peranakan yang lebih serius.

Sekiranya doktor mensyakki yang anda mengalami masalah yang lebih pada pelvis, ujian laparoscopi mungkin akan disarankan. Masalah seperti endometriosis atau ovarian cyst adalah diantara punca yang kerap dikaitkan dengan kesakitan dan senak dalaman semasa seks dan diagnosa dengan senang dapat dibuat melalui kaedah laparoskopi ini. Semasa laparoskopi, kamera kecil akan dimasukkan pada pusat dimana pakar bedah akan melihat dengan teliti keadaan dalam pelvis anda. Bagi mereka yang mengalami ketidaknormal pada sistem genital seperti hymen tebal dan sebagainya, pembedahan mungkin akan disarankan.Oleh itu setiap wanita harus peka apabila sakit semasa hubungan seks.

Kenapa Anda Gugur?

keguguran

Jika anda pernah mengalami keguguran, anda tentu menghadapi kesulitan fizikal dan emosi yang sukar. Ketika ujian air kencing menunjukkan anda hamil, anda mungkin merasa terlalu gembira dan berkongsi berita baik dengan kawan rapat serta sanak saudara. Namun, dalam masa yang singkat, perut anda mula sakit dan faraj anda mula berdarah. Lawatan ke klinik doktor menunjukkan anda telah keguguran.Walaupun terkejut dan kecewa, anda akhirnya perlu reda dengan apa yang berlaku.


APAKAH itu Keguguran? mengapa ia TERJADI?
Keguguran ialah kehamilan yang gugur sebelum 20 minggu. Mekanisma persenyawaan yang menggabungkan sel sperma dan sel telur dan juga proses pembentukkan janin adalah adalah sangat terperinci dan rumit. Sedikit ketidaksempurnaan akan menyebabkan kerosakan janin dan ramai professional perubatan percaya, keguguran adalah satu cara tubuh berurusan dengan janin yang tidak normal.

8 Sebab Kenapa Anda Gugur

gugur

Keguguran di awal kehamilan adalah sesuatu yang kerap terjadi di kalangan wanita dan ramai pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Kajian telah menunjukkan ramai di kalangan wanita yang tidak mengetahui mereka sebenarnya keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif.

Apabila saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan ini pula akan mengalami keguguran.