Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 23 September 2013

'Lady driver'? Tolonglah!

'Lady driver'? Tolonglah!

Cemas, kalut, ‘main redah’, ikut suka hati, pandu melulu antara ayat sinis yang sering dilemparkan kepada pemandu wanita. Entah kenapa tanggapan ini terus wujud hingga ke hari ini.
Apabila ditanya, beberapa jejaka menggambarkan pandangan sebenar mereka terhadap isu ‘lady driver’. Resah dan gusar apabila melihat si gadis memandu, selain rasa tidak selamat seolah-olah boleh ancam nyawa orang lain antara faktor wujudnya pandangan negatif terhadap pemandu wanita.

Rahim Jatuh Bahaya Atau Tidak?

rahim jatuh
Rahim atau peranakan  jatuh adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari.

Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan rahim jatuh itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.

Tertekan Bila Aku Jadi Tempat Makian Suami.

makian,sumpahan
Tertekan bila aku jadi tempat makian suami. Itulah kebiasaan luahan hati seorang isteri. Luahan yang keluar hanya di dalam hati dan tidak  terluah dengan kata-kata bagi menjaga maruah suami yang terlalu baik budi perketi itu pada pandangan masyarakat keliling.

Sebenarnya dengan kelakuan suami sedemikian boleh menganggu emosi dan kewarasan isteri dalam kehidupan seharian.


"Pernah sekali dia menyepak saya di depan ibu sewaktu saya dalam pantang anak pertama. Malah, saya dimaki hamun disebabkan masalah kecil.

Pernah sekali anak saya terjatuh ketika saya membancuh susu untuknya, lalu suami menghamburkan makian ‘Kau ini ba**, kalau kau mam*** lagi bagus’ di depan mentua, membuatkan saya malu.

Apabila saya ada masalah dan mahu berbincang bersamanya, suami terus melenting dan enggan melayan permintaan saya. Paling melukakan hati, sebaik marahnya reda dia langsung tidak rasa bersalah dan memujuk saya.

Layanannya terhadap rakan pula sangat berbeza. Dia tidak pernah mengamuk dan sangat baik tatkala keluar mahupun bersama rakan. Pada mata kenalannya, suami saya sangat baik hati dan pemurah.

Dia sering meminjamkan wang kepada rakannya serta tidak lokek menjamu mereka. Begitu juga dengan keluarganya. Dia melayan mereka dengan mesra berbanding saya yang sering dianggap seperti hamba atau pelacur.

Dia hanya bersikap baik andai mahukan layanan di bilik tidur. Terus terang, saya terasa tidak ubah seperti pelacur dengan kelakuannya.

Kadangkala saya rasa mahu menamatkan perkahwinan kami. Memikirkan gaji bulanan saya hanya RM1,000 sebulan berbanding pendapatan lumayannya sebagai kontraktor, saya khuatir anak melarat serta dipisahkan daripada saya kerana berpendapatan kecil.

Namun begitu, dia tidak pula memberi nafkah sewajarnya, kalau adapun hanya cukup membeli lampin dan susu, sedangkan bayaran untuk pengasuh mencecah RM500 sebulan selain keperluan lain ditanggung saya. Ini menyebabkan saya terpaksa mengikat perut ketika makan di pejabat.

Apabila saya mengadu kepada keluarga mentua, mereka masih menyalahkan saya. Padahal mereka sedia maklum anak mereka mendera saya dengan pelbagai tohmahan"


 

Kejang Betis Ketika Mengandung

kejang betis
Kejang betis ketika mengandung  adalah masalah biasa dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:
  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

novel tulisanku memuatkan.. Rantai Suami Dengan Kasih Sayang

Friday, 20 September 2013

Sudahkah Anda Sedia Untuk Dimadukan?

bermadu
Sudahkah anda sedia untuk dimadukan? satu soalan yang mudah tetapi teramat sukar untuk di jawab.

Pada pandangan saya, tidak semua para isteri sanggup dimadukan walaupun dijanjikan bulan dan bintang.

10 Perkara Yang Perlu Anda Bersedia Untuk Dimadukan.

1. Bersedia untuk melihat suami memberi perhatian kepada isteri yang lain.

2. Bersedia untuk melihat suami memberi komitment kepada isteri yang lain

3.Bersedia untuk melihat suami merindui,menyayangi isteri yang lain.

4. Bersedia untuk tidur seorang diri.

5. Bersedia untuk berkongsi segala-galanya.

6. Bersedia untuk cemburu

7. Bersedia untuk melihat suami anda di manjakan oleh isteri yang lain.

8. Bersedia darisegi fizikal dan mental

9. Bersedia dengan pelan seterusnya jika si suami mula tidak berdiri di landsan yang betul.

10. Bersedia untuk menangis dan memendam rasa.

Sekiranya anda telah bersedia  bermakna anda telah melangkah setapak ke hadapan untuk menuju ke alam bermadu.


Kenali Punca Kemurungan

  • Syak wasangka
  • Tidak boleh menguruskan rumahtangga
  • Tidak boleh memberikan komitment di tempat kerja.
  • Mengasingkan diri dari khalayak ramai
  • Cemburu yang berlebihan terhadap orang yang di sayanginya
Jika terdapat ciri-ciri tersebut seeloknya terus berjumpa dengan doktor.


Apakah Yang Di Maksudkan Dengan Kemurungan
 
Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan seharian individu tersebut termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraan seseorang itu.

Kemurungan yang tidak diberi rawatan sewajarnya boleh menyebabkan seseorang bertindak agresif sehingga berkeinginan membunuh diri. 

Memang tidak pelik bagi golongan yang mengalami kemurungan yang kronik berisiko tinggi menghidapi masalah jantung kerana tekanan dan stres adalah salah satu penyebab penyakit jantung.

Ada pesakit dan ahli keluarga tidak mengambil berat penyakit kemurungan ini walaupun terdapat rawatan seperti ubat-ubatan dan kaunseling. Mungkin masyarakat tidak sedar bahawa masalah mental adalah penyakit sepanjang hayat dan ia boleh berulang-ulang tanpa mereka sedari. Justeru pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat sewenang-wenangnya tanpa nasihat pakar psikiatri. Namun, disebabkan prejudis masyarakat, pesakit dan ahli keluarga tidak mahu mendapatkan rawatan.


Faktor Yang Menjadi Punca Kemurungan
 
Terdapat pelbagai faktor yang dapat meningkatkan kemurungan iaitu faktor tekanan diri, kurang yakin pada diri sendiri dan perasaan kendiri yang rendah, kehilangan daya kawalan ke atas perlakuan-perlakuan individu, pengalaman sosial yang menyakitkan seperti kematian orang yang sangat disayangi, perceraian atau kegagalan dalam peperiksaan juga boleh menyumbang ke arah kemurungan. Pengaruh emosi seperti menghadapi tekanan hidup seringkali juga menjadi punca masalah kemurungan. 

Selain punca-punca yang dinyatakan di atas, faktor biologi individu terbabit juga boleh menjadi penyebab penyakit kemurungan. Antara faktor biologi tersebut adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. 

Dipercayai bahawa ketidakseimbangan bahan kimia yang dipanggil neurotransmiter serotonin di bahagian otak akan menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan. Serotonin inilah yang terlibat dalam proses pemikiran dan mengawal emosi. Oleh itu apabila berlaku ketidakseimbangan bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses pemikiran dan emosi dengan baik. Apabila perkara ini berlaku, ia akan menjejaskan proses pengeluaran kata-kata, ingatan dan daya tindak seseorang manusia dan akhirnya akan wujudlah masalah kemurungan.

GenetikKemurungan juga berlaku lebih kerap kepada seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap kemurungan. Oleh itu ada kemungkinan kemurungan ini boleh diwarisi melalui genetik atau keturunan. Ia juga boleh disebabkan oleh sesetengah ubat darah tinggi. Sekiranya ini berlaku, kemurungan itu akan beransur hilang dengan sendirinya apabila ubat-ubatan tersebut diberhentikan. Oleh itu jika seseorang itu sedang mengambil ubat-ubatan, sila pastikan dengan doktor terlebih dahulu sama ada ubat-ubatan tersebut mungkin punca pesakit mengalami kemurungan ataupun tidak.

Daripada kenyataan di atas, dapat dirumuskan bahawa penyakit ini berpunca daripada pelbagai faktor yang merangkumi genetik, psikologi dan yang ada kaitan dengan proses perkembangan personaliti dan sebagainya.

Sepanjang rawatan, emosi pesakit akan bertambah baik dan kesakitan fizikal dialaminya juga semakin berkurangan. Ahli keluarga juga memainkan peranan membantu memulihkan pesakit murung dengan memahami keperluan dan manfaat ubat yang kadangkala boleh membuatkan mereka berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor. 

Ramai pesakit dan ahli keluarga tidak sedar bahawa memberhentikan pengambilan ubat kemurungan secara tiba-tiba menyebabkan kemurungan menyerang semula. Ini bermakna risiko pesakit untuk mengalami kemurungan selepas berhenti mengambil ubat adalah sangat tinggi. 

Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu rancangan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala. Sebahagian daripada pusat kesihatan dilengkapi unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu kawan anda pulih daripada penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk bekerja dan berinteraksi dengan masyarakat..

Oleh itu sekiranya ada keluarga atau rakan anda menghadapi kemurungan bantulah dia dan bawalah dia untuk rawatan